Harap tak lama lagi, terjawab semua dgn terdedah pendustaan dan fitnah madey

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan berkata, tohmahan kononnya kerana isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyebabkan ramai pemimpin akar umbi UMNO hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden parti yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan keluar parti adalah satu fitnah dan retorik menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Jelas beliau, itu semua hanyalah mainan politik yang digembar-gemburkan bagi memecah-belahkan perpaduan dalam UMNO termasuklah di Langkawi.

“Ini adalah tuduhan tidak berasas kerana kalau kita melihat daripada daftar pengundi di Langkawi misalnya, ramai anak muda yang begitu teruja untuk masuk UMNO. Saya sendiri ditanya bagaimana mahu menjadi ahli Pemuda dan Puteri UMNO.

“Bagi saya ini semua hanyalah mainan pembangkang dan pada hakikatnya isu ini bukan seperti digambarkan oleh mereka,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Saidi, apa yang penting adalah UMNO perlu berada di landasan dan perlu berfikir bagaimana mahu menyelesaikan masalah rakyat.

“Seandainya kita menghayati dan menjiwai roh perjuangan UMNO, maka rakyat akan terus bersama-sama parti yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan agama, bangsa dan tanah air.

“Lagi pula saya melihat UMNO telah mengurus permasalahan rakyat dan membantu dalam banyak hal, dan ini membuatkan ramai golongan muda mahu menyertai UMNO malahan mereka yang sebelum ini termakan dengan dakyah pembangkang pun ramai yang telah kembali kepada UMNO,” katanya lagi.

Justeru, beliau menyeru agar rakyat khususnya jangan mudah terpengaruh dengan pembohongan yang tidak bertanggungjawab ini. – MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL