AMBIGA AKUI DIA ‘CUAK’ BN MENANG 2/3 DALAM PRU14 INI...TAKUT ADA SEBABNYA

Datuk Ambiga Sreenevasan melahirkan kebimbangan bahawa BN bakal memperolehi semula majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang, yang telah dinafikan oleh gabungan pembangkang pada dua pilihan raya sebelum ini.

Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) itu berkata, senario berkenaan bakal menjadi kenyataan jika pemimpin Pakatan Harapan yang masih mahukan pertandingan tiga penjuru tersilap dalam perhitungan mereka.

Justeru, Ambiga memberi amaran supaya tidak mengambil risiko dan menasihati HARAPAN agar terus berunding dengan PAS untuk memastikan pertandingan satu sama satu pada pilihan raya.

“Saya tidak pernah menyokong pertandingan tiga penjuru kerana sebahagian besar kes pada masa lalu, kecuali di mana calon ketiga adalah Bebas, BN mempunyai kelebihan,” katanya kepada Malaysiakini.

Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata terdapat kajian bagi membuktikan perkara itu, tetapi pada masa yang sama, beliau mengakui terdapat kajian yang menyatakan sebaliknya.

 “Tetapi bagi saya, mengapa mengambil risiko sedangkan sejarah menunjukkan ini berhasil apabila pembangkang bersatu? Kenapa mahu ambil risiko dalam keputusan penting ini,” soalnya.

Ambiga juga menegaskan bahawa beliau tidak mencadangkan bahawa pembangkang harus bekerjasama dengan PAS.

“Cuba dan berunding untuk memastikan mereka tidak bertanding di kerusi yang HARAPAN bertanding. Jika rundingan gagal, biarlah. Tidak ada pilihan. Tetapi jika kita boleh menyelamatkan beberapa kerusi maka ini adalah berbaloi.

“Kebimbangan saya ialah jika mereka yang menolak pertandingan tiga penjuru itu silap, kita berisiko untuk menyerahkan BN majoriti dua pertiga yang tidak dapat kita pulihkan semula.

“Saya tahu masalah dengan PAS. Tetapi bagi saya, masalah adalah lebih besar jika BN mendapat dua pertiga. Bagi saya, risiko itu tidak berbaloi,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL