ANJUR SOLIDARITI UNTUK ULTRAS MALAYSIA, PEMUDA AMANAH DIKRITIK NETIZEN
Tindakan Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) menganjurkan solidariti untuk kumpulan penyokong bola sepak Malaysia, Ultras Malaysia (UM) sempena perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bagi meraih sokongan politik dikritik beberapa pihak yang menyifatkan tindakan itu sebagai menangguk di air keruh.
Seorang pengguna media sosial, Alwi Syafi’i berkata tidak wujud keperluan untuk bersolidariti terhadap isu yang timbul terutama melibatkan sistem jualan tiket yang lemah.
Katanya, sukan dan politik tidak wajar dicampuradukkan dan mencadangkan Amanah untuk menggunakan kaedah lain bagi menarik perhatian rakyat terhadap parti itu.
“Jangan campur aduk sukan dengan politik. Walau aku penyokong Amanah (Parti Amanah Negara), aku join (sertai) Ultras (Malaya) lebih awal pada sekitar awal 2010 seblum bersara dek kerana urusan keluarga dan kerjaya.
“Hal tiket, biarlah UM yang settle (selesaikan) dengan KBS (Kementerian Belia dan Sukan). Amanah fikirlah cara lain untuk tarik sokongan rakyat,” komennya di Facebook rasmi Amanah.
Seorang pengguna media sosial lain, Mohd Falizan Ali meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan Pemuda Amanah menganjurkan solidariti tersebut kerana dianggap cuba mengambil kesempatan.
“Menyampah aku kalau dalam sukan pun hendak berpolitik, time (masa) ini orang hendak bagi support pasukan Malaysia. Ambil kesempatan cari gaduh sahaja,” komennya pula di Facebook berkenaan.
Khairul Anwar Zulkifle pula meminta semua pihak menghentikan sentimen politik dan memberikan sokongan penuh kepada pasukan negara.
“Aduhai, tidak habis-habis hendak ambik kesempatan. Stop (berhenti) lah dulu politik. Tolonglah ketepikan dulu soal politik dikala skuad B23 (bawah 23 tahun) perlukan sokongan kita. Masa inilah kita sebagai rakyat Malaysia hendak bersatu. Kalau tidak masa (ini) bila lagi?” tulisnya juga di Facebook parti itu.
Rata-rata komentar di Facebook berkenaan mengkritik tindakan Pemuda Amanah menganjurkan solidariti susulan ramai penyokong Ultras Malaya tidak mendapat tiket perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia menentang Thailand yang berlangsung malam ini.
Solidariti itu yang diketuai Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin dilihat sebagai cubaan mempolitikkan isu jualan tiket tersebut, selain sebagai usaha parti tersebut mendekati kelompok penyokong bola sepak Malaysia.

Comments