PKR tolak 'Langkah Azmin' guna kenyataan satu perenggan Wan Azizah

Inilah situasinya bila sudah tidak dapat lagi nak tutup pekong dalaman yang sedang membara dalam PKR sekarang.

Apa tidaknya kalangan wartawan yang membuat liputan mesyuarat mingguan Biro Politik PKR di ibupejabat parti itu dekat Petaling Jaya petang Selasa naik bingung dibuatnya.

Ramai yang menduga mesyuarat itu panas khususnya berkisar keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Isnin malam ia tidak akan berkerjasama dengan PAS dalam pilihanraya umum ke 14.

Semua ini gara-gara Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali terus berkeras hendak berunding untuk jalin kerjasama dengan PAS di Selangor hingga mencetuskan pertelagahan dalaman dalam parti itu.

Namun disebalik ini pimpinan PAS pusat berulangkali menegaskan mereka tidak berminat untuk berkerjasama dengan PKR atau Pakatan Harapan.

PKR kini mati kaki dan terpaksa berpegang kepada keputusan pimpinan Pakatan Harapan yang turut ditandatangani oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Itulah keputusan Biro Politik PKR yang menjadi penentu dasar utama parti selepas mesyuarat selama tiga jam.

Anehnya keputusan itu cuba diselindungi dalam satu kenyataan satu perenggan sahaja dan bernada terlalu umum yang dikeluarkan oleh Wan Azizah selepas mesyuarat.

"Biro Politik KEADILAN hari ini telah mengadakan mesyuarat mingguan dan telah membuat ketetapan bahawa KEADILAN komited kepada usaha memperkukuh Pakatan Harapan serta menyusun strategi untuk menewaskan UMNO-BN pada pilihanraya umum ke 14"...itulah saja kenyataan beliau.

Kalangan wartawan yang membuat liputan jenuh terpaksa membuat tafsiran dari kenyataan umum itu yang didapati bermaksud  PKR akur dengan keputusan Majlis PImpinan Pakatan Harapan.

Bukan setakat itu malah Wan Azizah dan pimpinan PKR lain yang hadir enggan jawab soalan wartawan bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil yang membacakan kenyataan satu perenggan Presiden PKR itu.

Ketika diminta mengulas lanjut beliau meminta wartawan hanya merujuk kepada kenyataan itu.

Paling ketara sekali ialah Azmin sendiri tidak hadir pada mesyuarat itu.

Beliau juga tidak hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Harapan yang buat keputusan muktamad tutup pintu pada sebarang rundingan dengan PAS.

Juga tidak hadir pada kedua-kedua mesyuarat ialah Naib Presiden Rafizi Ramli yang tidak setuju dengan langkah Azmin hendak mengurat PAS.

Rafizi yang kelmarin mendedahkan PKR kini terbahagi dua kumpulan dalam isu hendak berkerjasama dengan PAS.

Selasa Ahli Parlimen Pandan ini terus menulis panjang dalam laman blognya buka cerita mengenai pekong dalaman parti itu.
Antaranya beliau memberitahu sejak Datuk’ Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan (kes liwat Saiful Buykhari Azlan) , keputusan di peringkat Biro Politik menjadi sukar untuk dicapai bila ada perbezaan pendapat.

Katanya jika pun telah ada persetujuan di peringkat Biro Politik, jika itu tidak disukai oleh seseorang maka keputusan itu tidak dihormati malah akan dibuka balik di dalam mesyuarat Biro Politik yang seterusnya untuk ditukar kembali (seperti yang berlaku dengan keputusan perletakan jawatan pimpinan parti di dalam Kerajaan Kelantan).

"Akibatnya mesyuarat Biro Politik menjadi tempat polemik politik yang berpanjangan tanpa menghasilkan gerakan yang berkesan di bawah,"katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana