“Tidak ada seorang pun daripada kamu memalukan negara,” - TMJ
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berbangga dengan pemain bola sepak negara walaupun kalah dengan Thailand malam ini.
Tengku Mahkota Johor (TMJ) itu berjumpa sendiri dengan para pemain di bilik persalinan dan bersalaman dengan mereka.
“Saya ada dua emosi satu kecewa dengan kekalahan dan satu lagi bangga dengan kamu semua (pemain) kamu adalah aset akan datang.
“Tidak ada seorang pun daripada kamu memalukan negara,” ujarnya dalam rakaman video rasmi Facebook FAM.
Menurut TMJ, kesemua pemain muda negara itu sudah berkorban untuk negara dan mengucapkan terima kasih kepada semua.
Bagaimanapun, beliau mahu mereka menjadikan kekalahan itu sebagai pengajaran dan senjata untuk memperbaiki mutu persembahan pada masa depan.
Sebelum itu, pada masa rehat separuh waktu pertama, TMJ juga turun ke bilik persalinan memberi kata-kata semangat kepada pemain.
Pasukan Malaysia tewas kepada pasukan Thailand dalam Sukan SEA Ke-29 malam tadi pada pelawanan akhir di Stadium Shah Alam.

Comments