TIDAK PERCAYA KETUANAN MELAYU, PERKASA MASIH MEMBISU?
Apabila Mahathir mengaku tidak percaya kepada ketuanan Melayu, ramai yang sangsi dengan kenyataan tersebut, sehinggalah berlegarnya video ucapan dari mantan Perdana Menteri itu. Jelas, nyata dan terang, bahawa itu memang pengakuan yang dibuatnya.
Tiada siapa yang sangka, dengan indoktrinisasi selama 22 tahun menjadi perdana menteri, sekali lagi kita dikejutkan dengan ucapan berstatus “u-turn”, demi kelangsungan politik mengikut acuannya. Anehnya, PPBM sendiri berpaksikan ketuanan Melayu, dengan tujuan penubuhan yang mirip dengan UMNO. Mengapa begitu jika tidak percaya kepada ketuanan Melayu?
Lebih aneh lagi, kita tidak pula mendengar sebarang kritikan atau ulasan dari panglima-panglima PERKASA, yang selalunya garang bak harimau apabila ada kenyataan-kenyataan yang menafikan ketuanan Melayu. Di mana hilangnya suara PERKASA?
Kelmarin dulu, bukan main garang lagi melulu apabila membuat tuduhan sewaktu majlis pelancaran projek ECRL. Isu bendera Indonesia terbalik pada Sukan SEA juga tidak lepas dari kritikan hebat mereka sehingga meminta menteri letak jawatan.
Bagaimana untuk kita bayangkan, sebuah pertubuhan yang menerapkan Perkara 153 di dalam Perlembagaan Negara sebagai asas penubuhannya, tidak pula bersuara apabila Mahathir mengatakan beliau tidak percaya kepada ketuanan Melayu.
Betapa besar pengaruh Lim Kit Siang sejak bersekutu dengan Dr. Mahathir sehingga mampu membuatkan mantan perdana menteri itu membuat pusingan “u-turn” berkali-kali. Maka, apakah “epilog cinta” antara Ibrahim Ali dan Lim Kit Siang yang “mula terjalin” di majlis deklarasi rakyat membuatkan ketidakpercayaan Mahathir kepada ketuanan Melayu perlu diterimapakai sebagai ideologi PERKASA?
Ingin juga lihat bagaimana PERKASA berpencak silat andai Najib Razak yang berkata “Saya tidak percaya kepada ketuanan Melayu”.

Comments