TUN MAHATHIR MOHAMAD TELAH DIKECAM OLEH ANAK MANGSA PEMBUNUHAN MEMALI,KEDAH.

Anak kepada salah seorang mangsa dalam peristiwa Memali 1985 menuduh tangan Tun Dr Mahathir Mohamad “berlumuran” darah 14 orang yang ditembak mati oleh polis dalam kejadian itu.
Mohamad Zuhdi Mat Piah mendakwa walaupun mereka tiada rekod jenayah, mereka diserang pihak berkuasa di sebuah kampung di Kedah.

Ini kerana kerajaan Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003, bimbang kuasa dan pengaruh terhakis kerana pemimpin mereka – penceramah Ibrahim Mahmud, yang juga dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Beliau berkata meskipun dakwaan mengatakan penduduk kampung penjenayah dan komunis, risikan komando mendapati dakwaan tidak betul.

Beliau mendakwa mereka juga mendapati rumah Ibrahim dijadikan tempat pengajian agama.
Dalam catatan Facebook hari ini, Zuhdi, yang berusia 1 tahun ketika itu, berkata bapanya Mat Piah Yunus ditembak 14 peluru raifal M14.

Walaupun terselamat, Mat Piah diikat rantai besi di hospital yang sedang merawatnya selama beberapa bulan sebelum ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama 2 tahun, kata Zuhdi.

“Dalam keadaan mak yang tidak sihat dan saya masih kecil, ayah diperlakukan tanpa perikemanusiaan,” katanya.

“Begitu juga kanak-kanak dan wanita diseksa, selain 14 nyawa terkorban, ramai mangsa yang cedera parah, ada yang cacat kekal sampai hari ini.“Setelah 32 tahun berlalu, Tun M tidak pernah mengaku salah apatah lagi ingin memohon maaf,” tambahnya.

Zuhdi berkata demikian selepas Dr Mahathir di forum “Nothing to Hide 2.0” anjuran Pemuda PPBM pada Ahad ditanya seorang hadirin mengapa orang kampung dibunuh dalam peristiwa itu.
“Mengapa, Tun? Mereka rakyat Malaysia. Mereka orang Melayu, orang kampung. Mereka bukan Yahudi atau Zionis,” kata hadirin itu.

Dr Mahathir menjawab 4 anggota polis juga terbunuh, dan pihak berkuasa melaksanakan tugas dalam kepungan itu mengikut tatacara operasi standard.

Forum itu kemudian diganggu lemparan suar, kerusi dan objek lain dari kalangan hadirin.
Konfrontasi November 1985 itu, di mana polis mengepung 400 pengikut dan Ibrahim, seorang pemimpin PAS tempatan yang kalah bertanding dalam 2 pilihan raya.
Zuhdi mendakwa pemimpin Umno Kedah berasa terancam dengan Ibrahim sehinggakan mereka menuduh beliau menyebarkan ajaran sesat.

Beliau berkata 4 anggota polis terbunuh, tetapi penduduk kampung tidak mempunyai senjata api.
“Dari mana datangnya peluru kalau bukan dari sesama mereka?

“Orang kampung tiada M16, mereka hanya ada parang untuk urusan kerja kampung seharian.”
Zuhdi turut berkata pemimpin pembangkang Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar tiada maruah kerana bersekutu dengan Dr Mahathir.

Sabu dan Salahuddin kini presiden dan timbalan presiden Amanah, salah satu parti komponen Pakatan Harapan yang dipengerusikan Dr Mahathir, sementara Mahfuz ialah wakil rakyat PAS untuk Parlimen Pokok Sena.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana