Kena Perlu Tunggu Ker?.... Untuk Ambil Tindakan Terhadap Lim Guan Eng?
Benarlah kata orang tua-tua, membuat permohonan maaf adalah satu perkara yang paling sukar untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja. Tidak kira samada dia bersalah atau pun tidak, untuk membuat permohonan maaf kadang kala dilihat seperti menjatuhkan maruah sendiri walhal itulah tindakan yang paling mulia yang perlu dilakukan oleh setiap manusia.
Namun, lain pula halnya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Dalam satu kenyataan ketika mengulas tentang penahanan Exco Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh, dia dilaporkan menuduh penahanan Boon Poh adalah penahanan secara haram oleh SPRM bagi memburukkan imej kerajaan negeri.
Kenyataan Guan Eng ini pantas dikecam oleh SPRM yang meminta Ketua Menteri berkenaan untuk memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam atau berhadapan dengan tindakan undang-undang oleh SPRM.
Seperti yang dijangkakan, Lim Guan Eng kekal dengan egonya dan langsung memohon maaf secara terbuka terhadap SPRM. Dia dilihat lebih senang mencipta permusuhan dengan SPRM seolah-olah masih menyimpan dendam kesumat semasa dia ditahan oleh SPRM berhubung salah guna kuasa yang dilakukannya.
Apa yang agak mengejutkan adalah, SPRM seolah-olah masih memberi masa kepada Guan Eng untuk mengikut apa yang dimahukan SPRM. Ini kerana, pihak SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, mereka akan membincangkan langkah susulan yang akan diambil terhadap Lim Guan Eng pada 4 September yang akan datang.
Timbul persoalan, kenapa mesti 4 September dan tidak dilakukan sebaik sahaja tempoh permohonan maaf secara terbuka Lim Guan Eng tamat? Bukankah langkah ini dilihat masih memberikan peluang untuk Guan Eng memanipulasikan keadaan atau memberi lebih waktu buat Guan Eng membuat permohonan maaf? Bukankah lebih baik tindakan susulan diambil sebaik sahaja tempoh berkenaan tamat?
Ini bukan kali pertama Lim Guan Eng berhadapan dengan desakan untuk memohon maaf kerana sebelum ini, dia turut enggan melakukan perkara sedemikian ketika diminta untuk membuat permohonan maaf. Dalam hal ini, pihak SPRM wajar mengambil tindakan yang tegas dengan segera kerana Lim Guan Eng secara terang-terangan menghina intergriti SPRM diatas penahanan Boon Poh ini.
SPRM tidak perlu menunggu sehingga 4 September yang akan datang baru hendak bertindak kerana dalam tempoh yang sebegini panjang, banyak lagi permainan politik kotor Guan Eng untuk menjatuhkan reputasi SPRM dan mencipta pelbagai andaian dan persepsi negatif. Mungkin SPRM wajar mempertimbangkan untuk menyegerakan tindakan mereka terhadap Guan Eng sebelum ada lagi pihak yang mempersendakan SPRM.

Comments