INDONESIA DAKWA MALAYSIA TIPU MARKAH DALAM ACARA SILAT SUKAN SEA

Indonesia terus cuba menimbulkan kontroversi selepas insiden bendera negara itu dicetak terbalik, apabila kali ini, menuduh Malaysia menipu dalam acara pertandingan silat sempena Temasya Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Pengurus pasukan silat Indonesia, Edhy Prabowo mendakwa pesilat Malaysia, Taqiyuddin Hamid dan Rosli Mohd Sharif diberikan mata terlalu tinggi sehingga membolehkan dua pesilat itu mendapat emas dalam kategori seni berganda lelaki.

Kata Edhy, markah yang diberikan kepada Taqiyuddin dan Rosli adalah hampir mustahil diperolehi seandainya format pemarkahan sebenar pertandingan silat digunakan.

“Tidak pernah dalam sejarah seni ganda lelaki pesertanya diberikan mata sebanyak itu.

“Tidak pernah berlaku hakim berikan 582 dalam kategori ini. Bukan kata 582, nak dapat 570 pun sangat susah,” kata Probowo,” kata Prabowo seperti dipetk portal berita Indonesia, Detiksport.

Tambah Edhy, beliau cuba mendapatkan penjelasan penganjur namun masih belum berhasil sehingga terpaksa menggunakan media untuk mendapatkan kepastian mengenai isu tersebut.

Pesilat Indonesia, Yolla Primadona Jumpil and Hendy yang merupakan juara bertahan sebelum ini, mendapat tempat kedua dengan 554 mata di belakang Malaysia yang memperoleh 582 mata.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL