Siapa bos besar barisan pembangkang…?TSMY Sudah Pandai Hentam TV3
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijangka akan mengetuai parti baru naungan Tun Dr Mahathir Mohamad kali pertama duduk satu pentas dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail pada satu majlis di Subang Jaya,Sabtu.
Senario itu dengan sendirinya mencetuskan persoalan siapa yang kelak yang akan menjadi bos besar barisan pembangkang.
Dalam politik dua harimau tidak boleh duduk atas bukit serentak.
Sekalipun kini orang nombor satu dalam Pakatan Amanah,Wan Azizah tidak dilihat ada karisma dan ketokohan untuk memimpin.
Bekas Menteri Undang-Undang Datuk Zaid Ibrahim secara terbuka berpendapat Muhyiddin layak memimpin pembangkang dan bakal Perdana Menteri mereka.
Katanya Pakatan Harapan tidak mempunyai seorang pemimpin untuk menyatukan mereka.
Pada sidang akhbar yang disertai Wan Azizah selepas majlis di Subang jaya itu ketika ditanya wartawan soalan berkaitan ,Muhyiddin spontan kata, “ dia (Wan Azizah) ialah Ketua Pembangkang’.
Ini mungkin kata orang Indonesia ‘ basa basi’ politik.
Beliau juga menyebut Wan Azizah sebagai ‘ Kak Wan’.
Kata orang sekalipun kini soal kepimpinan itu mungkin belum jadi isu sangat namun lambat laun ia pasti akan membara.
Apa yang jelas ideoloji politik parti baru yang bakal dipimpin oleh Muhyiddin dan Pakatan Amanah nyata banyak beza.
Faktor yang menyatukan mereka cuma usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan BN sahaja.
Pada sidang akhbar itu bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Timbalan Presiden UMNO itu nampak seolah nak ambil hati kalangan pimpinan PKR yang ada di situ bila menyentuh tentang isu gerakan untuk bebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sewaktu dalam kerajaan,semua orang tahu bagaimana tegasnya pendirian beliau menghentam Anwar.
Tanpa beri sebarang komitmen pada usaha itu,beliau cuma kata simpati pada Anwar.
"Saya orang pertama melawatnya (AnwarA) bila dia dipecat dari kabinet (oleh Dr Mahathir),"katannya.
Pada majlis itu Muhyiddin telah bersetuju bergabung dengan PKR untuk memulakan siri jelajah seluruh negara bagi menjelaskan isu 1MDB secara mudah kepada orang ramai.

Comments