Muka Dah Terdesak Dan Sanggup Buat APa Saja Selama Ini Hentam Dan Kutuk
SUBANG JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Bercakap kepada pemberita pada Sabtu, beliau bagaimanapun menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan parti pembangkang itu berhubung isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Saya fikir kerjasama penting untuk menangani isu besar negara, sesuatu yang kita tidak boleh elakkan.
"Soal jadi ahli atau tidak, itu soal kedua. Kalau saya tidak jadi ahli mana-mana parti pun tetapi atas semangat juang yang ada, saya tetap sokong," katanya pada sidang media khas di sini, Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada sudah memutuskan menyertai PKR berdasarkan kehadirannya bersama pemimpin-pemimpin parti pembangkang itu pada sidang media khas itu.
Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan parti itu akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara dalam memberi penerangan berhubung isu 1MDB kepada rakyat.
Siri jelajah yang tidak dinyatakan tarikhnya adalah sebagai persediaan parti pembangkang itu untuk menghadapi pilihan raya.
Muhyiddin berkata, kerjasama beliau selepas mendapat jemputan daripada Wan Azizah dengan melihat inisiatif siri jelajah tersebut sebagai sesuatu yang baik dan seharusnya dipertingkatkan.
Ditanya mengenai parti baharu yang bakal disertainya akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di Pulau Pinang, Muhyiddin berkata, "Mungkin tunggu masa yang sesuai untuk kita umumkan. Setakat hari ini, ia tidak berbangkit."
Baru-baru ini, Muhyiddin bersetuju dengan cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu yang akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk Pakatan Harapan.
Pada masa sama, timbul khabar angin mengenai Muhyiddin akan mengetuai parti baharu, dan perkara itu sehingga kini masih menjadi teka-teki semua pihak.
PRN mengejut mungkin diadakan di Pulau Pinang berikutan dakwaan rasuah terhadap ketua menteri, Lim Guan Eng.

Comments