PM pelik cara saman sivil DOJ diumumkan...Tentu Ada Udang Disebalik Batu

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pelik cara laporan saman sivil Jabatan Kehakimam Amerika (DOJ) ditonjolkan dengan publisiti besar-besaran termasuk sidang akhbar mengumumkannya.

Katanya beliau diberitahu sebelum ini kebiasaannya kes DOJ tidak diumum cara yang menonjol begitu.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC petang Jumaat beliau menilai laporan DOJ itu berat sebelah.

DOJ baru-baru ini memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan.

Katanya beliau tidak tahu sumber maklumat dari mana yang diperolehi oleh DOJ dalam merumuskan saman sivil itu.

"Secara luaran, ia dilihat datang dari sumber tertentu, tapi kami akan pantau prosiding yang akan diikuti saman, kerana saya tidak boleh kata ia datang dari mana, tetapi sudah pasti ia bukan dari 1MDB, Peguam Negara atau kerajaan Malaysia," katanya.

Ditanya sama ada laporan itu hanya merupakan kompilasi laporan media, Najib berkata ia kelihatan diperoleh daripada sumber tertentu tetapi tidak pasti dari mana.

Baginya 1MDB tidak terlibat secara langsung dalam laporan DOJ.

Ini kerana, laporan itu juga tidak mengandungi apa-apa maklumat atau pandangan daripada pihak Malaysia sama ada kerajaan, Jabatan Peguam Negara atau 1MDB.

"Hanya mereka tertentu yang ternama dalam laporan tersebut sahaja disebut dalam laporan itu, ini bererti bahawa secara langsung 1MDB tidak terlibat dalam laporan berkenaan.

"Dalam erti kata lain 1MDB tidak ada aset di Amerika Syarikat dan secara langsung 1MDB tidak ternama dalam laporan tersebut," katanya.

Katanya, laporan tersebut juga tidak mengambil kira pandangan atau penjelasan daripada pihak Malaysia dan dibuat tanpa merujuk kepada 1MDB.

Najib yang juga menteri kewangan berkata kerajaan sememangnya memandang serius perkara itu dan seperti yang dikatakan sebelum ini beliau telah menyatakan bahawa mereka yang dinamakan dalam laporan berkenaan perlu membersihkan nama masing-masing mengikut hak dan proses yang sewajarnya.

"Pokoknya soal penyelesaian antara 1MDB, International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments, kita harap ia berjalan mengikut proses tertentu supaya soal kedudukan aset dan dana yang dipindahkan itu dapat ditentukan secara muktamad," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL