Tanpa UMNO, Kekuatan Mahathir dan 3 ‘M’ Tidak Kemana

Itu hakikatnya bila mana terpaksa menerima Wan Azizah sebagai ketua pembangkang, ini bermakna Muhyiddin terpaksa menerima arahan dan bukan memberi arahan seperti mana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim yang juga bekas Perdana Menteri, Ketika Anwar di pecat oleh Mahathir dari kabinet dan UMNO berhari-hari rumah Anwar dikungjungi orang ramai tanda sokongan.

Tetapi Paguh terpaksa neniti dari rumah kedai, dewan orang ramai, kedai kopi dan padang permainan untuk bertemu dengan orang ramai bagi menarik simpati dan mencari sokongan terhadap dirinya, bukan sahaja Muhyiddin turut berlaku terhadap Mukhriz dah Shafie Afdal yang mana pemecatan mereka tidak memberi kesan lansung kepada jalan perjuangan UMNO.

Begitu juga dengan kesan terhadap kepimpinan Dato’ Seri Najib yang akhirnya hanya mampu digelar sebagai seorang ‘pencuri’ sahaja oleh pengelar dan penuduh yang sahingga kini tidak pernah dapat pun membuktikan tuduhannya, berbeza dengan orang yang menuduh Najib sebagai ‘pencuri’ dirinya suatu ketika dahulu pernah disamakan dengan firaun, mahluk yang sehina dan dilaknati oleh Allah S.W.T.

Mahathir hanya menyenaraikan pelbagai tuduhan mencuri tanpa ada satu pun yang ada didalam senarai yang telah dibuktikan dengan nyata selain hanya menuduh dan menuduh, ingatlah menuduh tanpa bukti itu fitnah namanya.

Seruan dan tuduhan ‘pencuri’ yang dilaungkan oleh Mahathir terhadap Najib hanya disambut oleh mereka-mereka yang pernah menyamakan Mahathir dengan firaun dan mengelarkannya sebagai ‘maha firaun’ dan ‘mahazalim’, tiada kelompok baru yang terlibat, kesemua mereka ini dahulunya pernah mahu menjatuhkan Mahathir, rupanya Allah takdirkan Mahathir tersungkur sendiri dan bukannya kerana penentang dan yang mengelarkannya firaun dahulu.

Ditakdirkan juga Mahathir tersungkur ketika Anwar Ibrahim yang pernah dikatakan dizalimi dahulu, masih lagi didalam penjara Sungai Buluh menjalani hukuman diatas kesalahan yang dilakukan, mungkin juga tersungkurnya Mahathir kerana balasan kesalahan yang dilakukan suatu masa dahulu, tersungkurnya Mahahtir bukanya kerana gegaran reformasi Anwar Ibrahim.

Seperti kata bidalan, jatuhnya beruk dari pokok kerana lena dibuai bayu bukan kerana taufan melanda, samalah seperti Mahahtir, ketika era reformasi yang dibawa oleh Anwar Ibrahim, Mahathir mampu bertahan walau sekuat mana pun gegarannya, tetapi kini Mahathir terjelepok jatuh tersungkur hanya kerana dibelai legasinya sendiri.

Ketika dipecat Anwar Ibrahim mampu mengubah polar politik tanah air dan merentap jiwa ramai penyokongnya termasuk pemimpin kanan parti kawan dan lawan yang akhirnya diterima sebagai ketua mereka didalam parti pembangkang selain mampu membina sebuah parti baru ia ini Keadilan.

Bagi Mahathir beliau terpaksa berlutut dan bertaut tangan dengan Lim Kit Siang orang yang pernah dituduh sebagai sebagai komunis dan recis, serta bersama dengan mereka-mereka yang pernah menghinanya selayak kaki jamban suatu ketika dahulu, sementara panglima perang Paguh, Muhyiddin terpaksa berlutut untuk mencari kekuatan sokongan tetapi terpaksa akur dengan kekuatan seorang wanita bernama Wan Azizah, sebagai penanda aras lemahnya kejantanan Muhyiddin untuk menguruskan satu pasukan bagi menyelamatkan Malaysia yang disusun oleh Mahathir.

Usaha Mahathir untuk mengenegahkan Muhyiddin sebagai ketua perang bagi parti baru yang akan di ujudkan nanti nampak tidak kesampaian, kerana untuk melobi menjadi ketua pembangkang pun Muhyiddin gagal, Mahathir tidak boleh bergantung harap kepada Mukhriz dan Shafie kerana Mahathir tahu kekuatan kedua orang ini yang tidak sehebat mana.

Mahathir tahu kekuatan ketiga-tiga ‘M’ nya hanya kerana menumpang kekuatan parti keramat UMNO, malah kekuatan Mahathir untuk bertahan menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun pun di atas kekuatan dan sokongan padu ahli UMNO.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL