ADA bERANI kER......Kata Dua DAP, Bubar Atau Tinggalkan Pakatan Harapan

Ketika semua mata sedang memerhatikan dengan penuh minat tentang apa yang bakal berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, terdapat perkhabaran yang mengatakan, DAP negeri dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sudah mula hilang sabar dengan sikap keras kepala yang ditunjukkan oleh PKR.

Ini kerana, sehingga kini, PKR masih lagi enggan bersetuju dengan DAP untuk bersama-sama parti berkenaan membubarkan DUN Pulau Pinang bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri diadakan. Alasan yang diberikan oleh PKR, mereka tidak melihat sebarang keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri dan bimbang, BN akan merampas Pulau Pinang daripada Pakatan Harapan.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Lim Guan Eng mahu PKR menyatakan pendirian mereka samada mahu bersama-sama beliau ataupun tidak. Ini kerana, beliau menyifatkan, andai tarik tali ini berterusan, ada kemungkinan kemahuan Guan Eng untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri lebih awal mungkin akan tertangguh.

Oleh yang demikian, menurut sumber ini lagi, PKR diberikan kata dua samada mahu bersama DAP membubarkan DUN atau dipinggirkan daripada Pakatan Harapan. Namun begitu, tiada sebarang pengesahan diberikan oleh mana-mana pihak berhubung dakwaan ini.

Sebelum itu, Lim Guan Eng dan kerajaan negeri dilaporkan akan membubarkan DUN Pulau Pinang secepat mungkin berikutan pendakwaan yang dikenakan terhadap Guan Eng berhubung tuduhan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan olehnya dalam pemilikan sebuah lot banglo di Jalan Pinhorn dan salah guna kuasa dalam kes sebidang tanah di Taman Manggis.

Beliau dikatakan mahu menyerahkan hak bersuara kepada rakyat untuk menilai samada beliau benar-benar bersalah ataupun tidak. Namun begitu, terdapat beberapa pandangan yang mengatakan, Pilihan Raya Negeri ini adalah satu helah Guan Eng untuk menetapkan siapa yang bakal menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang andai beliau didapati bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang kelak.

Beberapa nama disebut untuk menggantinya dengan nama Anthony Loke dan Teresa Kok disebut-sebut sebagai calon utama bagi menggantikannya. Namun begitu, menurut undang-undang hari ini, Anthony Loke mungkin tidak akan bertanding andai Pilihan Raya Negeri ini diadakan kerana beliau kini merupakan ADUN Chennah di Negeri Sembilan.

Sekiranya beliau memilih untuk meletakkan jawatan, beliau akan digantung selama 5 tahun daripada menyertai mana-mana pilihan raya dan ini termasuk juga Pilihan Raya Pulau Pinang.

Kini terserah kepada PKR untuk mencapai keputusan dengan DAP. Mereka pastinya enggan masa depan parti mereka menjadi tidak menentu andai mereka kekal dengan pendirian enggan bersama DAP dalam rancangan terbaru Guan Eng ini. Besar kemungkinan, PKR akan mengambil keputusan sama dengan DAP walaupun mereka belum benar-benar bersedia sepenuhnya dan berkemungkinan bakal kehilangan kerusi DUN kali ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana