‘Ugut Mengugut’ Antara PAS-PAN

Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Pulau Pinang, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, parti itu akan menentang sebarang usaha, termasuk PAS, untuk memecahkan Pakatan Harapan.

Mujahid berkata demikian dalam konteks pilihan raya negeri (PRN) mengejut di Pulau Pinang yang dicadangkan oleh DAP untuk mendapatkan mandat baru selepas Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa dengan dua tuduhan rasuah.

Mujahid berkata kenyataan timbalan presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini dalam sebuah akhbar Cina menunjukkan beliau cuba “menganggu” urusan HARAPAN.

Dalam satu kenyataan, Mujahid yang juga naib presiden PAN berkata, Tuan Ibrahim tidak ada hak untuk berbuat demikian.

Sehubungan itu, katanya, adalah lebih baik bagi timbalan presiden PAS memberi tumpuan untuk mengenal pasti musuh sebenar dan tidak bertindak melagakan PAN dengan sekutunya dalam HARAPAN.

Jika PAS telah mengenal pasti musuh politik yang sebenar, kata Mujahid, parti itu pastinya akan bersama dengan HARAPAN dan tidak akan membuang masa untuk pecahkan HARAPAN dengan menyerang PAN.

Pada 26 Julai, Tuan Ibrahim dilaporkan memberitahu sebuah akhbar berbahasa Cina bahawa PAS akan mempunyai “kerjasama bersyarat” dengan PKR sekiranya PRN mengejut diadakan di Pulau Pinang.

Tuan Ibrahim dilaporkan memberitahu Sin Chew Daily bahawa parti itu merancang untuk bertanding di sekurang-kurangnya enam kerusi.

Akhbar itu melaporkan selain enam kerusi tersebut, PAS bercadang bertanding dia dua atau tiga kerusi yang parti itu pinjamkan kepada PKR.

“Jika PAN bertanding di kerusi PAS, kita akan bertanding di kerusi DAP dan PKR,” Tuan Ibrahim dipetik sebagai berkata.

Beliau juga dipetik sebagai berkata PAS tidak akan “mengganggu” dan mewujudkan pertandingan tiga penjuru sekiranya PAN tidak melakukan perkara yang sama.

“PAN sebagai anggota Pakatan Harapan, kita melihat PKR sebagai mewakili ketiga-tiga parti Pakatan dalam rundingan.

“Tetapi mereka tidak boleh membenarkan PAN untuk bertanding, jika mereka berbuat demikian, ia bertentangan dengan syarat kita,” Tuan Ibrahim dilaporkan berkata.

Mujahid mengingatkan PAS bahawa parti itu adalah komponen HARAPAN dan akan kekal begitu walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Mujahid mengingatkan bahawa sejak HARAPAN ditubuhkan, PAS tidak mempunyai peranan dalam membina pakatan itu walaupun ia telah dijemput untuk berbuat demikian.

PAS memutuskan untuk membentuk blok ketiga dan tidak menyertai HARAPAN, kata Mujahid mengingatkan bekas rakan-rakannya.

HARAPAN, katanya, telah melalui pelbagai cabaran walaupun belum berusia satu tahun.

Namun, kata beliau, pihaknyA tetap komited dalam menggabungkan kuasa pembangkang untuk menghadapi BN dan Umno, selepas PAS mengambil keputusan untuk berpisah dengan DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana