KENAPA PROTUN GELABAH SEMACAM APABILA PENTADBIRAN NAJIB MENUKAR PEGAWAI-PEGAWAI KANAN PERKHIDMATAN AWAM DAN ENTITI KERAJAAN?
Dalam mana-mana pentadbiran, termasuklah pentadbiran 22 tahun Mahathir, pertukaran dan perubahan struktur pentadbiran dan pengurusan negara, amat berkait rapat dengan kesesuaian kerja serta persefahaman untuk melaksanakan dasar dan polisi sesebuah kerajaan yang diketuai oleh Perdana Menteri.
Dari zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Haj sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu sehinggalah menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Najib Abdul Razak sebagai Perdana Menteri terkini, kebanyakan pegawai-pegawai kanan akan dipilih dari kalangan mereka yang boleh bekerjasama dengan ketua kepimpinan negara.
Dan kerana itulah, para penentang pentadbiran negara seperti kepimpinan parti pembangkang, tidak diangkat menjadi orang kanan agensi atau entiti kerajaan.
Bagaimanapun, kelekaan dan kepercayaan berlebihan bahawa penjawat awam tidak akan mengkhianati kerajaan baik dalam perlaksanaan dasar dan polisi mahupun pembocoran maklumat serta rahsia-rahsia penting kerajaan, telah pun dikhianati bermula dari era Reformasi 1998. Ramai kakitangan awam pada ketika itu terlupa tentang tanggungjawab dan amanah yang mereka pikul sebaliknya kerap memberi alasan, mereka bekerja dengan rakyat, dibayar dengan wang rakyat dan tidak berkompromi dalam penyelewengan serta salahguna kuasa dan rasuah.
Malangnya, saluran yang digunakan tidak tepat. Mereka lebih gemar memilih media dan publisiti yang lebih mendatangkan keburukan berbanding mencapai matlamat sepertimana yang mereka perjuangkan. Lebih malang lagi ialah apabila perjuangan tersebut dicampuraduk dengan politik kepartian yang dipergunakan pula oleh mereka yang memang telah dikenalpasti sebagai penyeleweng, pengamal rasuah dan penyalahguna kuasa.
Media sosial terutama sekali Facebook pula menjadi media yang paling pantas untuk menabur pelbagai fitnah dan tohmahan yang seringkali dikatakan sebagai kebenaran. Tidak mahu mendengar atau enggan mendengar dan menerima sebarang jawapan yang diberikan daripada pihak yang kena tuduh, pelbagai andaian dibuat dalam usaha memburuk-burukkan pihak lawan walaupun ianya sekadar hearsay.
Agak menarik juga apabila kita dapat melihat bagaimana ada puak-puak tertentu yang begitu tertekan dan cuba melakukan serangan menerusi tohmahan apabila beberapa orang pegawai kanan perkhidmatan awam dan perundangan serta kewangan, bersara, meletak jawatan atau ditukarkan jawatan serta jabatan.
Sepatutnya mereka yang begitu memuja dan taksub kepada Mahathir, memuji tindakan Najib mengambil tindakan mengubah dan menukar pegawai-pegawai kerajaan yang tidak boleh bekerjasama dengan pentadbirannya. Malah mereka sepatutnya menyokong dan menggalakkan pentadbiran Najib agar mengambil tindakan keras ke atas kakitangan-kakitangan awam yang menyatakan penentangan kepada kerajaan menerusi media walaupun pada masa yang sama, hak mereka untuk mengundi sesiapa sahaja atau parti apa sahaja sewaktu Pilihanraya Umum, Pilihanraya Negeri atau Pilihanraya Kecil tidak boleh diganggu.
Bukankah Mahathir telah melakukannya secara bebas dan tidak dikecam terutama dalam perubahan dalam bidang perundangan negara apabila beberapa orang hakim dikenakan tindakan bersara atau kehilangan jawatan. Begitu juga dengan pegawai-pegawai kanan dalam jabatan atau entiti kerajaan yang bukan sahaja dipetisejukkan, malah ada sesetengahnya terpaksa meletak jawatan untuk bergiat seperti Tan Sri Anie Arop yang berpendirian tegas menentang penswastaan TNB.
Mengapa pula ketika Najib mengulangi apa yang Mahathir lakukan sewaktu pentadbirannya, dilihat sebagai sesuatu yang menjijikkan dan sekadar mahu menjaga kuasanya? Adakah itu sebenarnya yang dibuat oleh Mahathir sepanjang dia berkuasa 22 tahun dahulu?

Comments