WAJIB BACA.....KENAPA NAJIB RAZAK DAN 1MDB DISERANG LAGI…?

Assalamualaikum

Sikap taksub umat Islam dijadikan alat menyemai kebencian terhadap Perdana Menteri.
Saya selaku pimpinan NGO Islam iaitu Ikatan Kebajikan & Dakwah Sgor (ikddas) merasa terpanggil utk memberi sedikit luahan sebagai mana sebahagian besar rakyat Malaysia terhadap isu 1MDB yang menghakis keyakinan & kepercayaan rakyat kepada PM.

Kesempatan mendengar secara langsung luahan hati PM terhadap isu ini sangat menyentuh hati saya setelah saya amat amati hasrat tersirat disebalik agenda yang dibawa oleh PM.

Sebagaimana kejayaan yang ditunjukkan oleh Temasik Holding, sebuah syarikat pelaburan milik kerajaan Singapore merupakan cth terdekat kepada model penubuhan 1MDB. Bagaimana Temasik menjadi entiti pelaburan terkaya di Asean & berupaya mengembangkan pelaburannya ke seluruh dunia. Justeru YAB PM berhasrat dgn penubuhan syarikat 1MDB itu, dapat membolehkan kerajaan khususnya UMNO memiliki entiti perniagaan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Langkah awal adalah dgn menjana kewangan kepada 1MDB bagi mengambil alih syarikat2 pengeluar tenaga elektrik swasta (IPP) yang kebanyakan dimiliki oleh syarikat2 bukan Melayu spt YTL & Berjaya. Ini kerana tenaga elektrik adalah suatu keperluan yang sentiasa meningkat permintaannya. Dengan cara itu kerajaan dpt mengelakkan kenaikan tarif elektrik yang akan membebankan rakyat akibat subsidi tenaga yang perlu dibayar.

Namun isu ini menjadi kebencian oleh jutawan2 Cina yang merasakan kekayaan mereka dirampas oleh 1MDB, lantas menaja pihak tertentu utk menyerang & memburukkan syarikat 1MDB sehinga hasrat utk penyenaraiannya di Bursa Saham KL tergendala. Orang Melayu yang taksub membuta tuli menjadi alat pembangkang juga turut mula hilang kepercayaan mereka kpd kerajaan dgn terus menyemai kebencian.

PM juga berhasrat utk menjadikan 1MDB sbg entiti pelaburan yang berdaya saing dgn memberikan kepercayaan utk membangunkan kawasan strategik iaitu TRX. Kawasan tanah tersebut sekian lama diimpikan oleh Berjaya Group milik Vincent Tan yang menggunakan pengaruh Tun M utk lobi tanah tersebut…namun kerajaan memutuskan 1MDB sbg pemaju yang bertgjwb memastikan wujudnya mercu tanda ekonomi orang Melayu di KL…maka sekali lg kebencian timbul terhadap 1MDB.

Hasrat utk menjadikan 1MDB sbg syarikat pelaburan milik umat Islam semakin dibenci oleh musuh2 Islam. Maka agenda mereka utk menjatuhkan YAB PM digerakkan. Malangnya umat Islam yg taksub membuta tuli sehingga tidak nampak lagi sumbangan yang diberikan oleh 1MDB terhadap mereka. Mereka lupa setiap tahun ratusan jemaah haji dpt menunaikan ibadah haji secara percuma dgn pembiayaan dari 1MDB. Mereka lupa setiap tahun ratusan ekor lembu dikorbankan sempena hari raya korban yang dtgnya dari sumbangan 1MDB. Mereka lupa bahawa kerajaan ini berusaha bersungguh2 utk memertabatkan syariat Islam & membela umat Islam dari sudut ekonomi dgn membantu melahirkan syarikat2 pelaburan milik umat Islam….

Kepada umat Islam, usah terus diperalat menjadi alat kepada musuh Islam utk menjatuhkan pimpinan yang diterajui oleh orang Islam. Contohi pimpinan utama Pas yang lbh suka mendapatkan penjelasan terus dari YAB PM apabila timbul isu tertentu kerana tidak semua perkara perlu dihebahkan kepada umum apatah lagi ianya melibatkan sentimen perkauman.

Semoga Allah memelihara negara kita dari segala musibah & YAB PM diberikan jln keluar dr permasalahan yang berlaku. Aamiinnn

Ustaz Rosdi Long

Presiden IKDDAS

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL