Waspada GerakanTun M Mahu Hancurkan UMNO Rela Buat Apa Saja Jika Matlamat Tidak Tercapai.....
BUKAN mudah untuk membina UMNO. Usia 70 tahun bukanlah tempoh singkat bagi sebuah parti untuk berkuasa. Banyak parti seusia UMNO di dunia sudah kecundang dan berkubur tetapi UMNO tetap utuh, bahkan ahlinya bertambah untuk menghampiri 4 juta orang. Kalau dicongak jatuh bangkit UMNO, boleh dibikin satu filem yang terlalu banyak bahagiannya.
Pengasas UMNO keluar UMNO dan tubuh parti lain. Biro agamanya keluar dan tubuh parti Pas. UMNO diharamkan, presiden UMNO berlawan dan menang 41 undi sahaja, krisis kewangan 1997, zaman konfrontasi, komunis dan bermacam-macam lagi…Tetapi UMNO berjaya melepasi krisis-krisis tersebut.
Menempuh onar dan duri berdepan 13 kali pilihan raya umum dan tercalar hilang majoriti dua pertiga ada 2008 dan 2013 hanya menjadikan UMNO semakin kuat. Parti keramat itu menunjangi Barisan Nasional menempuh pilihan raya negeri Sarawak pada Mei lalu dan menang besar yang mengakibatkan DAP tersungkur.
Pada Jun lalu, UMNO menang bergaya pula dalam pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan dua lawannya yang bersaing sesama sendiri juga, PAN dan Pas tewas teruk.
Jadi, takkanlah begitu mudah kita sebagai orang Melayu, apa lagi ahli UMNO mahu membiarkan seorang yang bernama Mahathir bin Mohamad berbuat sewenang-wenangnya mahu menghancurkan UMNO.
Kita maklum agenda atau muslihat Dr. Mahathir mahu menumbangkan UMNO dan BN hanya semata-mata mahu menjadikan anaknya, Mukhriz sebagai Perdana Menteri. Walaupun UMNO telah menjadikan beberapa orang anaknya misalnya Mokhzani kaya raya, Dr. Mahathir masih belum puas.
Takkanlah orang Melayu `buta’ dan tidak dapat menilai bagaimana Mokhzani pada tahun 2012 mengaut kekayaan seperti dilaporkan oleh portal berpengaruh Forbes merupakan manusia ke-14 paling kaya di Malaysia.
Kekayaan anak bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu dilaporkan waktu itu berjumlah $685 Million (RM2.1 Bilion). Dua tahun kemudian iaitu 2014, kekayaan Mokhzani dilaporkan majalah Malaysian Business telah mencanak ke tempat kesembilan paling kaya di negara ini. Itu baru Mokhzani, belum lagi Mirzan, Mukhriz dan anak-anak Dr. Mahathir yang lain.
Orang Melayu yang terpedaya dengan muslihat Dr. Mahathir harus ingat satu perkara ini - orang Melayu akan "terbangsat" sekiranya UMNO tidak lagi memerintah negara. Kalau tidak ada UMNO, apa akan berlaku kepada orang Melayu? Orang Melayu akan hilang segala-galanya jika UMNO hilang kuasa.
Terbangsat...tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan untung nasib yang cukup tertekan, hilang segala-galanya, hilang kuasa, hilang maruah dan hilang masa depan. Orang Melayu dan ahli UMNO jangan mudah terpedaya seperti bekas pemimpin parti itu yang kini sedang berlegar-legar mencari ruang dan peluang untuk melemahkan UMNO.

Comments