Memalukan MADEY Sanggup Lakukan APa Saja....

Satu demi satu usaha Tun Dr Mahathir bersama kumpulan pentaksubnya untuk menjatuhkan kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib serta kerajaan yang diketuainya. Boleh dikatakan, tanpa mengira masa, ada sahaja serangan terbaru yang dilancarkan olehnya dan ianya seolah-olah tidak mungkin akan berhenti selagi Datuk Seri Mohd Najib kekal menerajui kerajaan.

Sebut sahaja apa yang tidak dilakukan olehnya, daripada menghasut ahli UMNO untuk menentang pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib, sehinggalah bertindak menjemput kuasa asing mencampuri urusan negara, semuanya sudah dilakukan olehnya hanya kerana mahu memastikan nafsu dan impian politiknya tercapai.

Dengan berselindung disebalik ayat-ayat “apa yang saya lakukan hanyalah kerana sayangkan UMNO dan negara” beliau menjadikan ianya sebagai modal untuk menghentam kerajaan. Sebelum ini, antara langkah pertamanya adalah menghasut ahli UMNO dan BN untuk bangkit melawan Presidennya sendiri. Pastinya ada yang menyokong dan menentang dan ini menyumbang kepada perpecahan dalaman parti.

Langkah seterusnya adalah menimbulkan semula isu dan dakwaan pembangkang yang dilemparkan kepada Datuk Seri Mohd Najib seperti isu pembunuhan Altantuya, tuduhan rasuah dan sebagainya. Boleh dikatakan, kedua-dua percubaan awal ini menemui kegagalan. Seterusnya, beliau mula mengganggu pentadbiran negara menerusi hasutan terhadap dua orang rakan baik dan menteri didalam kabinet Perdana Menteri.

Siapa dapat melupakan bagaimana Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Shafie Apdal yang diketahui umum sebagai rakan baik Datuk Seri Mohd Najib sejak dahulu lagi. Hasil hasutan Tun M, mereka bertindak menjadi pengkhianat parti dan seterusnya mengkhianati kerajaan yang mereka wakili. Hasilnya, kedua-dua orang ini kini dipecat daripada UMNO dan sedang merangka untuk menumbangkan Datuk Seri Mohd Najib menerusi parti baru.

Langkah ini juga menemui kegagalan apabila ahli UMNO masih kekal menyokong Datuk Seri Mohd Najib dan akhirnya telah memaksa Tun M meninggalkan UMNO pada 29 Februari yang lalu. Tindakan ini dipercayai untuk menarik sebarapa ramai ahli UMNO yang masih setia terhadapnya untuk keluar beramai-ramai dan melemahkan UMNO. Namun, tindakan ini juga gagal dan UMNO masih utuh.

Melihatkan kepada kegagalan ini, beliau mula menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan dengan menggunakan istilah Selamatkan Malaysia. Pelbagai usaha dilakukan termasuk menghimpunkan 1 juta tandatangan dan berkempen di pentas pembangkang. Sekali lagi usaha kotor Tun M ini gagal dengan pembongkaran tandatangan palsu dan ada diantara parti pembangkang menolak kehadiran Tun M dalam Pakatan Harapan.

Hari ini, setelah semua usaha kotor yang dilancarkan olehnya menemui kegagalan, harapan tunggalnya adalah campur tangan asing dalam urusan negara. Beliau pasti berharap, Jabatan Peguam Amerika Syarikat akan mengheret Datuk Seri Mohd Najib ke muka pengadilan disana dan seterusnya membantu beliau membongkar isu yang membabitkan 1MDB.

Agak malang apabila Loretta Lynch tidak menamakan Datuk Seri Mohd Najib selaku suspek didalam Malaysia Official 1. Sebaliknya, Lynch mengumumkan 4 nama yang langsung tidak terbabit secara langsung dalam pengurusan 1MDB. Ini menyebabkan, usaha Tun M dan rakan pembangkangnya terganggu dan kelihatan tidak akan mungkin berjaya.

Persoalannya, selepas DoJ, apa lagi yang mahu dilakukan oleh Tun M? Jika dilihat cara Tun M, beliau akan kembali semula kedalam kem Pakatan Harapan untuk meyakinkan seberapa ramai rakyat Malaysia berhubung segala jenis dakwaan dan fitnah yang beliau sebarkan. Beliau tahu, Pilihan Raya Umum kian menghampiri dan beliau pastinya mahu meyakinkan seberapa ramai yang boleh bahawa kerajaan yanga da pada hari ini, bukan kerajaan yang terbaik dan dipenuhi skandal.

Sebenarnya, satu perkara yang mungkin Tun M dan para pentaksubnya lupa adalah, kuasa Allah. Jika sesuatu usaha yang tidak mendapat perkenan dariNya, usaha berkenaan tidak akan mungkin berjaya. Bukan baru sekali Tun M berusaha menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib, malah berkali-kali dan kesemuanya masih gagal mencapai matlamatnya. Kenapa Tun M tidak nampak semua ini?

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL