Steady pm..Najib Tadbir Negara Seperti Biasa

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui hari-hari beliau seperti biasa dengan menjalankan tanggungjawab kepada rakyat, meskipun pada hari di mana Peguam Negara Amerika Syarikat (AS), Loretta Lynch mengadakan sidang media berkaitan syarikat 1MDB.

Pada hari tersebut, Najib hadir majlis rumah terbuka Aidilfitri bersama Felda dan FGV di Kuala Lumpur. Beliau juga tidak mengelak daripada bertemu pemberita yang mahu mendapatkan komen balas mengenai isu 1MDB itu.

Pada keesokannya harinya, beliau datang ke pejabat seperti biasa dan malam tadi, beliau hadir pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2016 di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintan, Bagan Datoh, Perak.

Lebih mengujakan apabila Najib sempat menyanyikan lagu Hari Raya di atas pentas tanpa sebarang rasa bimbang.

Ketenangan beliau ini turut dirasai oleh media asing iaitu Bloomberg yang dalam laporannya menyatakan bahawa Perdana Menteri menjalankan tugas seperti biasa tanpa sebarang kebimbangan.

Mesej di sini adalah jelas bahawa Perdana Menteri mahu memberikan tumpuan kepada isu dalaman terutama ekonomi negara untuk menarik pelabur asing yang diketahui mementingkan aspek kestabilan.

“1MDB seolah-olah tidak menjadi isu utama untuk pengundi luar bandar kerana mereka lebih melihat kepada kebajikan ekonomi dan sosial, yang boleh diatasi dengan langkah-langkah fiskal disasarkan,” kata Vincent Tsui, seorang ahli ekonomi dari Alliance Bernstein LP Hong Kong, seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg.

Manakala ahli ekonomi yang berpengkalan di Singapura di Royal Bank of Scotland Plc, Vaninder Singh. pula berkata, “pasaran adalah cukup jelas bahawa Najib adalah agak selamat pada peringkat ini dan tidak ada terlalu banyak cabaran politik beliau.

Rabu lalu DOJ Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyita hartanah bernilai lebih AS$1 bilion (RM4 bilion) berkaitan 1MDB.

Bagaimanapun tiada fakta dalam tun­tutan sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) menamakan Perdana Menteri sebagai defendan atau mendakwa beliau telah melakukan sebarang kesalahan jenayah.

Siasatan domestik yang dijalankan terhadap IMDB oleh agensi berkaitan telah selesai dan awal tahun ini, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata tiada sebarang kesalahan dilakukan oleh Perdana Menteri dalam isu dana RM2.6 bilion.

Sejarah telah menunjukkan bahawa Amerika Syarikat boleh bertindak tergesa-gesa dan kemudian terbukti ia tidak benar.

Dalam isu ini, tiada wang 1MDB yang hilang atau dicuri dan tidak ada bukti daripada mana-mana siasatan menunjukkan bahawa dana itu telah disalahguna.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana