KEBIADAPAN NAMEWEE MENGHINA ISLAM. UMAT ISLAM TUNTUT DISIASAT DAN DIHERET KE MAHKAMAH .

Namewee menari dalam masjid (gambar tertera)

Polis Pulau Pinang membuka kertas siasatan berhubung sebuah video lagu penyanyi dan pengarah tempatan Namawee yang menjadi viral kerana didakwa menghina agama Islam.

Ketua polis negeri Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata ekoran video klip lagu ‘Oh My God’ itu, pihaknya menerima beberapa laporan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan polis akan memanggil Namawee untuk merekodkan keterangan bagi membantu siasatan.

“Berdasarkan siasatan awal, sebahagian rakaman video lagu itu dilakukan di Masjid Terapung di Tanjung Bungah dan laporan polis pertama yang diterima ialah pada 27 Julai oleh jawatankuasa masjid berkenaan,” katanya di sini semalam.

Video klip memaparkan rakaman empat lelaki yang menyanyikan lagu berdurasi 4.05 minit itu menjadi viral sejak kelmarin dan telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ia dipercayai menghina Islam.

Sementara itu, ketua polis daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata perbuatan empat lelaki dalam video klip berkenaan menimbulkan rasa tidak puas hati orang Islam kerana mencemar imej masjid, sebagai tempat beribadat.

“Menurut pengerusi Masjid Terapung yang membuat laporan polis berhubung video itu, beliau memaklumkan rakaman yang dipercayai dilakukan di masjid tersebut memaparkan mereka berkelakuan tidak senonoh dengan menari dan menyanyi di dalam masjid.

“Tindakan empat lelaki itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam bukan sahaja di negeri ini malah seluruh negara,” katanya.

Mior Faridalatrash berkata selain itu, mereka turut menjadikan beberapa rumah ibadat seperti kuil, tokong dan gereja dipercayai di sekitar negeri ini sebagai tempat rakaman nyanyian dan tarian dalam video berkenaan.

Katanya, selain Namawee, polis juga akan memanggil beberapa individu termasuk mereka yang terlibat dalam pembikinan video itu bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan, katanya. — Bernama

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL