KTMB cipta sejarah perkhidmatan ETS pertama dunia diberi status halal

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mencipta sejarah baharu apabila menjadi penyedia perkhidmatan kereta api pertama dunia yang mendapat sijil halal bagi perkhidmatan tren kereta api elektrik (ETS).

Pengurus Besar Pengurusan Bakat dan Pembangunan Organisasi KTMB, Hilmi Hasan berkata pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu merupakan satu penghargaan bermakna bagi KTMB yang kini dalam proses melaksanakan transformasi syarikat.

"Ini adalah satu lagi transformasi baharu yang dicetuskan bagi memberi keyakinan kepada penumpang dengan membeli hidangan yang sedia ada tanpa perlu rasa syubah (ragu-ragu)," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Sekretariat Dakwah Korporat Jakim, di sini hari ini.

Ketua Pengarah Jakim Tan Sri Othman Mustapha berkata pengiktirafan sijil halal itu dapat meningkatkan kefahaman umum dalam isu halal bagi pengguna Islam.

"Ia seakan memberi pencerahan menyeluruh dalam apa yang berkaitan dengan Islam seperti mana KTMB kini mendapat pengiktirafan sijil halal bagi ETS dan ia  merupakan maklumat yang betul dan tepat dari segi cara penyediaan makanan dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana