Bapa tak restu perkahwinan kelar pengantin

Lahore: Sepasang suami isteri muda ditemui dalam keadaan diikat dan terdapat kesan kelar di leher akibat daripada perkahwinan atas dasar cinta, lapor polis tempatan, semalam.

Gadis berusia, 17 dan suaminya 31 tahun dikatakan melangsungkan perkahwinan pada 18 Jun lalu tanpa persetujuan keluarga mereka di kampung Satrah, Punjabi, timur Pakistan.

 Jurucakap polis tempatan, Rana Zashid berkata, ibu dan bapa gadis itu memujuk rumah pasangan terbabit supaya balik dan memperdaya mereka dengan janji bahawa perkahwinan mereka akan mendapat restu.

"Bapa gadis itu mengelar leher keduanya menggunakan sabit. Ketika ditahan kedua-dua suspek memberitahu mereka malu dengan tindakan anak gadis mereka, Muafia Hussein yang mengahwini lelaki dari keluarga tidak ternama,” Rana Zashid, Jurucakap polis tempatan

“Malangnya sebaik pasangan itu tiba di rumah, mereka mengikat pasangan itu dengan tali. Bapa gadis itu mengelar leher keduanya menggunakan sabit.

“Ketika ditahan kedua-dua suspek memberitahu mereka malu dengan tindakan anak gadis mereka, Muafia Hussein yang mengahwini lelaki dari keluarga tidak ternama,” katanya.

Tradisi budaya di kebanyakan daerah di Pakistan rata-ratanya tidak menghalang tindakan membunuh wanita yang dianggap tidak pandai menjaga maruah dan tingkah laku.

Antara tingkah laku yang menjadi larangan dan punca kebanyakan pembunuhan antaranya menyanyi, menjenguk keluar tingkap dan bercakap dengan lelaki yang tiada pertalian saudara.
Malah tindakan mana-mana wanita yang berkahwin dengan lelaki pilihan sendiri dianggap sebagai satu penghinaan yang tidak boleh diterima kebanyakan keluarga.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan mendedahkan sebanyak 869 pembunuhan yang dikenali ‘pembunuhan maruah’ telah dilaporkan dalam media sepanjang tahun lepas tetapi angka sebenar dipercayai lebih tinggi kerana banyak kes yang tidak dilaporkan. - Reuters

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL