Ahli saman PKR dakwa tipu pemilihan parti...Perghhh Sampai Begitu Sekali
Seorang ahli PKR memfailkan saman terhadap parti sendiri setelah mendakwa proses pemilihan parti itu di cabang Ampang pada 11 Mei lalu tidak telus selain wujudnya unsur-unsur penipuan.
Tuntutan saman itu dikemukakan oleh Nasharudin Md. Isa, 51, melalui firma guaman, Tetuan Partick Dass & Co. di Mahkamah Tinggi di Ampang kira-kira pukul 3 petang ini dengan menamakan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Johari Abdul sebagai defendan pertama.
Nasharudin turut menamakan JPP PKR sebagai defendan kedua manakala calon Ketua Cabang PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin yang telah diisytiharkan memenangi jawatan tersebut oleh jawatankuasa berkenaan pada 11 Jun lalu sebagai defendan ketiga.
Dalam writ saman itu, Nasharudin mendakwa proses pemilihan PKR Cabang Ampang yang berlangsung di Dewan Nusa Bakti, Bandar Baru Ampang pada 11 Mei lalu adalah cacat, tidak teratur serta wujudnya pelbagai kepincangan.
Berdasarkan dakwaan tersebut, Nasharuddin menyatakan pemilihan PKR Cabang Ampang telah diumumkan pembatalannya oleh Ketua Pengawas JPP PKR setelah dua wakil calon ketua cabang membuat aduan bahawa bilangan kertas undi yang terdapat dalam peti undi tidak sama jumlahnya dengan bilangan ahli cabang itu yang hadir mengundi pada hari berkenaan.
Aduan dua wakil calon itu dakwanya dibuat selepas proses pengundian cabang berkenaan ditutup pada pukul 5 petang setelah mendapati jumlah kertas undi yang dikira dari cabang berkenaan adalah sebanyak 1,151 berbanding jumlah pengundi seramai 1,115 orang.
Bagaimanapun, beliau mendakwa defendan pertama masih meneruskan pengiraan undi bagi PKR Cabang Ampang di Pejabat PKR Pusat di Petaling Jaya sehingga keputusan rasmi dikeluarkan JPP PKR pada 11 Jun lalu yang menetapkan Zuraida memenangi jawatan Ketua PKR Cabang Ampang dengan memperoleh 672 undi.
Sementara itu, Nasharudin ketika bercakap kepada pemberita menyatakan, beliau tidak menolak kemungkinan wujudnya unsur-unsur rasuah serta amalan yang tidak sah semasa pemilihan cabang berkenaan termasuk proses pengiraan undi yang dilakukan oleh JJP PKR.
Malah, beliau sendiri telah mengemukakan dua bantahan terhadap keputusan pemilihan cabang itu kepada JPP PKR masing-masing pada 21 dan 22 Mei lalu, namun tiada sebarang tindakan diambil oleh jawatankuasa berkenaan.
"Bantahan kita telah buat, bagaimanapun tiada tindakan diambil (oleh JPP PKR). Malah, pengiraan undi yang dibuat tanpa kehadiran wakil-wakil calon yang bertanding, pemilihan dibuat berat sebelah," ujarnya yang turut meminta pemilihan semula cabang berkenaan diadakan.
Pada masa sama, beliau turut menuntut supaya proses pemilihan PKR Cabang Ampang yang diadakan 11 Mei lalu dan keputusan pemilihan yang diumumkan pada 11 Jun lalu dibatalkan.

Comments