Nelayan Kemaman/ Paka bakal cipta rekod dunia & disiar 'Discovery Channel'

Perarakan bot terbesar di dunia yang akan berlangsung sempena bulan kemerdekaan negara pada 13 Sept ini, akan mendapat liputan dan disiarkan di rangkaian televisyen luar negara seperti Discovery Channel.Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perarakan melalui jalan laut melibatkan 7,000 peserta dan lebih 1,000 bot nelayan itu bermula di Kuala Paka ke Kuala Kemaman sejauh 70 kilometer.“Ini merupakan satu perarakan bot yang terbesar dan terbanyak melibatkan lebih 1,000 buah yang akan tercatat di dalam Guinness Book Of World Records sebagai perarakan bot terbesar.

“Saya difahamkan sebelum ini pada tahun 2012 sebanyak 670 bot telah mengadakan perarakan di sungai Thames, London sempena ulang tahun pemerintahan Queen Elezabeth ke-60,” katanya ketika berucap merasmikan pelancaran tapak pelepasan peserta perarakan bot terbesar di dunia di Pekan Paka, di sini, hari ini.

Turut hadir di majlis itu Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Fuad Hassan dan Pegawai Pembangunan Dungun Datuk Din Adam

Ahmad Shabery berkata perarakan bot melibatkan nelayan Kuala Paka, Kertih, Kemasik, Kijal dan Kemaman itu paling mencabar kerana ia diadakan melalui jalan laut.

Katanya yang lebih penting rekod ini akan diabadikan di dalam pelbagai bentuk dokumentasi, bukan sahaja disiarkan melalui televisyen tempatan, tetapi juga disiarkan melalui rangkaian televisyen antarabangsa.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL