Anwar masih main 'dalam semak' isu jawatan Menteri Besar Selangor

Semua orang sedang memerhatikan gerak geri dan tindak tanduk Datuk Seri Anwar Ibrahim di celah isu Tan Sri Khalid Ibrahim berdepan tekanan untuk melepas jawatan Menteri Besar.

Tidak lama dulu beliau sendiri dikatakan mengintai jawatan itu.Namun agenda itu sangkut bila beliau tidak jadi bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang dalam pilihanraya kecil baru-baru ini.

Ini kerana didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan dalam kes liwat Saiful Bukhari Azlan.Sebaliknya isterinya beliau,Datuk Seri Dr Wan Azizah jadi penganti bertanding di situ.

Sabtu,Anwar mengeluarkan satu kenyataan dua perenggan yang 'samar-samar' mengenai isu yang hangat itu.

Ini ibarfat masih bermain dalam semak.

Beliau tidak secara jelas kata mahu Khalid berundur atau tidak.

Sebaliknya Rabu lalu,Ketua Angkatan Muda Keadilan,Shamsul Iskandar Md Akin keluarkan kenyataan kata Pakatan Rakyat sudah sepakat mahu tukar Menteri Besar.

Tak mungkin Shamsul berani buat kenyataan seumpama itu jika satu pendirian bersama pimpinan Pakatan Rakyat seperti dikatanya tak wujud.

Anwar dalam kenyataanya kata,"Saya rujuk beberapa kenyataan yang dibuat baru-baru ini berkenaan kedudukan Menteri Besar Selangor. Saya menegaskan bahawa semua ADUN dan pimpinan parti harus menghormati peraturan dan tatasusila berkaitan isu ini.

Kedudukan Menteri Besar bukan agenda atau milik peribadi tetapi merupakan keputusan bersama KEADILAN dan Pakatan Rakyat, dengan perkenan DYMM Tuanku Sultan."

Rasanya Khalid dan pimpinan Pakatan lain pening kapala nak tafsir apa sebenar yang beliau maksudkan.

Anwar hanya minta semua pimpinan hormati peraturan dan tatasusila dalam membuat kenyataan.

Namun beliau tidak sentuh isu sebenar....mahu Khalid ditukar atau tidak.

Kalau nak kira keputusan bersama PKR dan Pakatan Rakyat...bukankah Shamsul Iskandar sudah sebutkan menerusi kenyataan beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana