Masjid Abidin Agih 2,000 Bekas Bubur Lambuk
KUALA TERENGGANU – Sebanyak 2,000 bekas bubur lambuk perasa makanan laut disediakan kepada orang ramai oleh Masjid Abidin di sini yang menjadi tarikan tahunan setiap kali sambutan Ramadan sejak tahun 2009.
Imam Besar Terengganu Aizi Saidi Abdul Aziz berkata Masjid Abidin akan menyediakan bubur itu secara percuma setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini untuk diagih kepada orang ramai bermula 3.30 petang.
“Hari ini dan seterusnya, kami masak sembilan periuk yang boleh dihidangkan purata 2,000 bekas setiap hari dan sebanyak 50 petugas Ahli Jawatankuasa Kecil (AJK) dan kariah Masjid akan membantu memasak bubur lambuk seawal 8 pagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri Toh Puan Harlina Zakaria mengagihkan juadah Bubur Lambuk Rakyat kepada orang ramai di luar masjid.
Aizi Saidi berkata penyediaan juadah, dengan ramuan ikan, udang dan sotong, tersebut diketuai oleh seorang tukang masak dikenali sebagai Pak Awang dari Wakaf Mempelam di sini.
Beliau berkata hampir 100kg beras digunakan setiap hari untuk menyediakan bubur lambuk dengan anggaran kos setiap bekas adalah RM2.33.
Sementara itu, Ahmad Razif berkata hampir RM100,000 diperuntukan oleh pihak masjid dibantu kerajaan negeri untuk menyediakan bubur lambuk kepada orang ramai dalam bulan Ramadan ini.
Katanya keistimewaan bubur lambuk yang disajikan oleh Masjid Abidin ini lazimnya menjadi tumpuan setiap kali sambutan Ramadan sehingga orang ramai sanggup beratur panjang bagi mendapatkan juadah berkenaan.
Beberapa hotel di sekitar Kuala Terengganu turut tidak melepaskan peluang pada hari pertama puasa dengan menyediakan juadah bubur lambuk diberikan kepada orang ramai antaranya Hotel Tabung Haji & Convention serta Hotel YT Midtown.
Pengarah Jualannya, Natasha Noorbaya Yusoff, berkata pihaknya menyediakan lebih 100 bungkus bubur lambuk untuk diagihkan bagi menghargai dan mengeratkan hubungan bersama komuniti di sekitar hotel selain amal jariah pada bulan mulia ini.
“Pengagihan bubur lambuk ini mula dilakukan pada pukul 4.30 petang di hadapan hotel setiap hari sepanjang Ramandan, katanya. – BERNAMA

Comments