Kita Tahu Siapa Tipu Sapa Sekarang Ni.....Debat: Cadangan Arul Bukti Dia Professional Bukan Main Politik

DARI segi politiknya, CEO 1MDB Arul Kandasamy melakukan ‘kesilapan politik’ bila memberi syarat kepada Ahli Parlimen DAP, Tony Pua untuk berdebat dimana dia meminta Tony letak jawatan dulu sebagai ahli PAC sebelum boleh berdebat.  Silapnya tu ialah bila orang baca, Tony tak letak syarat, Arul pulak letak syarat.

Semua orang politik tahu permainan yang semacam ini.  Jadi kalau ada cara lain, pilihlah cara lain itu, jangan sesekali letak syarat.

Begitupun disinilah kelebihan Arul – dia bukan ahli politik, dia seorang professional.  Dari pandangan preofessional, tidak seharusnya seorang ahli PAC seperti Tony yang akan mengadili 1MDB, berdebat ketika prosiding sedang berjalan.

Jadi syarat yang diletakkan oleh Arul agar Tony melepaskan jawatannya dulu dalam PAC sebelum debat boleh diadakan adalah betul dalam konteks Arul sebagai seorang professional perniagaan.  Dia mana tahu dan peduli dengan game politik, bukan dia cari makan dengan politik.

Beza dengan Tony.  Hidupnya 24 jam ialah berpolitik dan macam mana nak spin keadaan supaya macam mana buruk pun DAP, akan tetap di nampak baik.  Dalam politik, hitam boleh jadi putih, putih boleh jadi hitam, bergantung kepada persepsi, bukan realiti.  Beza dengan professional macam Arul.  Rugi, rugilah, untung, untunglah, mana ada diantaranya

Tak bolehlah Tony menyamakan Arul macam ahli politik apabila menyifatkan cadangan agar dia melepaskan jawatan itu sebagai tidak masuk akal.  Logiklah cadangan tu dari sudut pandang seorang professional kan.  Orang yang tak professional pun pandang cadangan seperti itu masuk akal.

Justeru, kalau soalnya rakyat, kalau soalnya nak mencari kebenaran dalam isu 1MDB ini, Tony tidak seharusnya mempunyai sebarang masalah untuk melepaskan jawatannya itu dan berdebat dengan Arul.

Lagipun, Tony banyak sangat cakap ni, semua pun sebelah pihak saja.  Bila ada peluang untuk persoalannya dijawab, kenapa nak lepaskan?  Lainlah kalau Tony bukan nak cari jawapan tapi semata-mata untung politik.

Kalau itu sebabnya, memang patut Tony cari atau cipta apa juga alasan untuk tidak berdebat dengan Arul secara langsung di TV.

Terfikir juga penulis, yang Tony minta debat secara langsung di TV ni bukan syarat juga ke?  Jadi kalau nak di debat dari sudut itu maka adillah Tony letak syarat, Arul pun letak syarat, tapi kenapa syarat Arul saja yang jadi isu?

Untunglah bila ramai orang bodoh jadi penyokong.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana