Kalau ada bukti kukuh kenapa takut debat?

SUBANG JAYA – Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB),? Arul Kanda diharap dapat menerima pelawaan debat dengan hati terbuka tanpa mengenakan pelbagai syarat.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Arul sepatutnya tidak perlu takut sekiranya beliau merasakan 1MDB berada dipihak yang benar.

?”Pendebatan itu perlu dibuat tanpa mengenakan syarat-syarat mengarut. Kalau 1MDB serius dan tiada masalah serta bukti yang kukuh, maka teruskan sahaja adakan pendebatan itu.

“Jadi, isu menyuruh Tony Pua meletakkan jawatan sebagai Ahli PAC tidak timbul, kalau 1MDB betul-betul bersih,” katanya Sinar Online selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Pemuda Harapan di Empire Hotel, Subang Jaya, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kesediaan Arul menerima pelawaan debat daripada Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua? namun mengenakan syarat supaya Tony meletak jawatan terlebih dahulu sebagai ahli PAC.

Tony ?menerusi satu kenyataan mengakui beliau rela untuk dibuktikan tersilap dalam debat tersebut asalkan program tersebut dapat dilaksanakan.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, pendebatan ini perlu diteruskan juga, kerana ia dapat memberikan penjelasan mengenai kemelut yang melanda 1MDB sekarang.

“1MDB ini merupakan isu yang besar, saya ingat perbahasan itu perkara yang baik untuk menjelaskan kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.

– Sinar Harian

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana