ADUN PAS ikrar pertahankan kerusi... tahu strategi DAP-Amanah

ADUN-ADUN PAS Selangor berikrar akan mempertahankan kerusi negeri Selangor mereka meskipun DAP yakin merampas kerusi parti Islam itu berdasarkan pengaruh mereka.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad meluahkan keyakinannya terhadap parti itu sekalipun berkemungkinan berjuang sendirian dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, akan tetap mampu mempertahankan lapan kerusi yang didakwa DAP `mampu dimenangi’

“Jika ada pecah undi, pihak yang mendapat kelebihan daripadanya adalah UMNO BN. Namun, kami sudah tahu strategi mereka (DAP).

“Kami ada menerima laporan pengundi berpindah ke kawasan PAS di Selangor tetapi kami yakin bahawa kami akan mampu mempertahankan kerusi kami,” katanya.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, berkata parti itu merancang usaha di peringkat akar umbi untuk mengambil alih lapan Selangor kerusi kerajaan negeri yang kini diduduki oleh Pas.

Lapan kerusi yang dimaksudkan adalah Seri Serdang, Dusun Tua, Taman Templer, Tanjong Sepat, Chempaka, Lembah Jaya, Paya Jaras dan Meru.

ADUN Taman Templer, Zaidy Abdul Talib, berkata beliau optimis bahawa rakyat akan terus menyokongnya dan juga PAS.

“Setiap parti, DAP atau PAS, boleh bertanding dimana-mana yang mereka fikirkan sesuai. Daripada aspek sokongan dan kemenangan, kita serahkan kepada pengundi untuk memutuskan.

“Sebagai Adun Taman Templer, saya akan terus untuk memberikan perkhidmatan terbaik selagi boleh kepada rakyat.”

Setiausaha PAS Selangor yang juga ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman sebaliknya berkata, kenyataan DAP itu adalah `kitar semula’ kepada parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (Amanah).

Khairuddin berkata PAS akan tetap berusaha mempertahankan kerusi mereka, maka, tiada isu samada mereka beralah atau memberi laluan kepada DAP.

Beliau berkata, sekalipun kenyataan tersebut membuktikan kedua-dua DAP dan Amanah mahu menduduki kerusi itu, PAS akan terus mempertahankannya tidak kira walau apa yang berlaku.

“Kedua-dua mereka berminat untuk bertanding dalam beberapa kerusi yang dimenangi PAS dalam PRU lalu.

“Kami menghormati demokrasi dan kami akan mengekalkan kerusi yang kami menangi, maka, tiada isu bahawa kami mengalah dan memberi laluan kepada DAP.

“Apa rasional DAP untuk bertanding pada kerusi di mana 70 peratus pengundi adalah Melayu? Ini membuktikan suara DAP yang sebenarnya, suara Amanah yang mengintai kerusi PAS.”

Comments

Popular posts from this blog

'Saya Tak Boleh Hidup di Malaysia Jika Hudud Dilaksanakan' - Marina Mahathir

Wajib Baca....8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia