Pulau Pinang semakin hilang pelabur...Padan Muka DAP
Lapan tahun selepas diperintah kerajaan DAP... kedudukan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur semakin goyah apabila sembilan kilang besar dijangka berpindah dan mengurangkan pekerja atas pelbagai faktor.
Akhbar berbahasa Cina Nanyang Siangpau melaporkan, sebahagian daripada sembilan kilang telah diambil alih atau digabungkan dengan syarikat lain.
Motorola pula dilaporkan akan menukar kilang kepada bahagian penyelidikan selepas syarikat itu diambil alih sebelum ini.
Lain-lain syarikat yang dikatakan mungkin meninggalkan Pulau Pinang atau mengurangkan pekerja termasuk Western Digital, Blaupunkt, HGST, Amphenol TCS, EMC, UTi, Ericsson dan AMD.
Sumber memberitahu, jumlah pekerja yang terjejas berikutan proses penghijrahan, penggabungan, pengambilalihan dan tutup kilang itu mungkin melebihi 1,000 orang.
Western Digital akan meninggalkan Pulau Pinang untuk berpindah ke Kuala Lumpur sementara HGST mahu berpindah ke Johor Bahru.
Kilang Amphenol TCS di Bayan Lepas pula akan ditutup dan berpindah ke China.
Motorola pula sudah diambil alih oleh Sanmina Corp sementara EMC dibeli oleh Dell.
UTi turut diambil alih syarikat lain iaitu DSV manakala Flextronic telah mengambil alih Ericsson.
Selain itu, AMD pula dikhabarkan akan bergabung dengan Nandong Fujitsu Microelectronic.
Dalam pada itu, Blaupunkt dilaporkan gulung tikar dan akan menutup kilangnya di Pulau Pinang selepas menghentikan 300 pekerja yang ada.

Comments