Jangan terpedaya 'gula-gula' DAP untuk masjid dan surau

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mengingatkan pemimpin DAP supaya tidak cuba menggula-gulakan umat Islam menerusi pemberian wang ringgit kepada masjid dan surau.
Presidennya, Ibrahim Mohd Hasan Al-Hafiz berkata, tindakan DAP menabur duit untuk mengatakan mereka bukan anti Islam adalah penghinaan terhadap umat Islam.

“Adakah umat Islam boleh digula-gulakan dengan wang ringgit sehingga gula-gula tersebut menutup mulut kita?

“Adakah maruah umat Islam boleh dibeli dengan nilai seribu dua ribu ringgit sahaja?

“Sesungguhnya tindakan biadap menaburkan wang ringgit untuk mengatakan bahawa DAP bukan anti-Islam adalah satu penghinaan terhadap umat Islam,” tulisnya di status Facebooknya.

Ibrahim merujuk status Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh, yang memaklumkan pejabatnya menyalurkan peruntukan RM2,000 kepada masjid dan RM1,000 untuk surau bagi menganjurkan program sepanjang Ramadan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana