Apa Tidaknya Tunjuk Power Kan PR Ni....Krisis Air : Khalid Ibrahim Desak Azmin Letak Jawatan

KUALA LUMPUR 28 Jun - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendesak Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berundur daripada jawatan tersebut kerana gagal memuktamadkan perjanjian penstrukturan air di negeri itu.

Mantan Menteri Besar Selangor itu berkata, sejak Azmin mengetuai pentadbiran negeri, beliau melihat penggantinya itu lebih banyak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan, dolak-dalih retorik, dakwaan tempang dan tuduhan tidak berasas terhadap pihak-pihak berkepentingan yang lain terutama Kerajaan Persekutuan.

“Saya yakin ramai rakyat di Lembah Kelang secara amnya dan Selangor khususnya berasa kecewa dengan sikap kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar yang jelas tiada kewibawaan mahupun komitmen untuk menyelesaikan dengan segera penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri.

“Sekiranya Menteri Besar sendiri sedar akan had keupayaan peribadi dan mana-mana kekangan lain untuk memuktamadkan segera penyusunan semula industri air Selangor pada kos keseluruhan tidak melebihi RM9.65 billion, maka saya ulang gesaan yang pernah saya utarakan di dalam DUN Selangor sebelum ini.

“Keikhlasan mendahulukan rakyat akan terpancar jika beliau berundur sekarang supaya Dewan Negeri Selangor dapat mencari seorang pengganti yang benar-benar layak, berkemampuan dan berkebolehan untuk melaksanakan tanggungjawab berat ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Khalid, Azmin bukan sahaja melengah-lengahkan proses pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi air, malah gagal menggariskan satu pelan tindakan terperinci, lengkap dengan langkah-langkah konkrit untuk menyelesaikan semua isu berkaitan perkhidmatan air.

“Akibatnya, saya difahamkan bahawa para pegawai yang selama ini bertungkus-lumus dalam usaha menyempurnakan penyusunan semula industri air Selangor kini seolah-olah hilang punca tanpa hala tuju dan garis panduan yang jelas daripada Menteri Besar.

“Sama ada beliau memang tiada kompetensi atau sebenarnya ada udang di sebalik batu,” katanya sinis.

Jelas Khalid lagi, tindakan Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) yang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan tidak menolak untuk membatalkan perjanjian jual beli dengan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) perlu dipandang serius.

Sekiranya berlaku kata Khalid, kerajaan negeri terpaksa berdepan dengan tindakan undang-undang daripada PNHB untuk mendapatkan semula hutang tertunggak kerajaan negeri yang dianggarkan mencecah RM4.97 billion pada 31 Mac 2015.

“Tidak mustahil ancaman PNHB ini bertukar menjadi realiti memandangkan “imuniti” yang dinikmati oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH), satu lagi syarikat konsesi air untuk terus berdegil menolak tawaran Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan kegagalan berlarutan Kerajaan Negeri memuktamadkan Perjanjian Utama yang dimeterai pada 12 September 2014 dengan Kerajaan Persekutuan, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Air Selangor.

“Walaupun DYMM Sultan Selangor sendiri telah berulang kali mengingatkan jemaah pentadbiran negeri untuk memastikan penyusunan semula industri air dimuktamadkan secepat mungkin tanpa bercanggah dengan semangat dan terma Perjanjian Utama, namun titah Tuanku Sultan seolah-olah tidak diendahkan sama sekali,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana