Tidak layak digelar pentadbiran berkebajikan sekiranya gagal tangani masalah

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dianggap tidak layak menggelarkan pentadbirannya di negeri ini sebagai berkebajikan serta peduli rakyat apabila terus gagal menangani isu bekalan air bersih yang dihadapi para penduduk di Bandar Tasik Kesuma di mukim Beranang, Hulu Langat sejak sembilan hari lalu.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, masalah itu telah menyebabkan penduduk di kawasan berkenaan terjejas ekoran ketiadaan bekalan air bersih terutamanya kepada umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa.

Malah katanya, ada di antara penduduk terpaksa bersusah-payah membelanjakan tambahan wang saku mereka sendiri untuk membeli air bersih bagi menampung kegunaan seharian untuk memasak, minuman dan sebagainya.

“Menteri Besar (Mohamed Azmin), Exco jangan pandai cakap sahaja….turun padang, tengok sendiri kesusahan yang terpaksa dialami oleh penduduk di kawasan ini akibat ketiadaan air lebih-lebih lagi ketika bulan puasa ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebaliknya Johan menegaskan bahawa pihaknya telah mengambil inisiatif mengurangkan kesusahan rakyat di kawasan berkenaan dengan mengagihkan kira-kira 1,000 botol air minuman untuk keperluan mereka yang terjejas semalam khususnya yang tinggal di kawasan perumahan pangsapuri.

Dalam pada itu, Johan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih turut mempersoalkan komitmen sebenar kerajaan negeri untuk memastikan bekalan air bersih kepada rakyat sentiasa mencukupi di negeri ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana