Lihatlah Kurang Ajar mamat ni....Haron Din Diselar Besarkan 'Cerita Lama'

KUALA SELANGOR: Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din perlu berhenti menyalahkan DAP berhubung berakhirnya kerjasama Pakatan Rakyat.

Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim berkata, tindakan membawa 'cerita lama' membezakan antara 'kumpulan progresif dan bukan progresif' dalam PAS.

"Semuanya sudah berakhir. Sebagai ahli politik kita sudah sampai kepada tahap di mana kita telah mengambil langkah yang pasti dan kita perlu bergerak ke hadapan.

"Saya tidak tahu mengapa beliau masih mahu bercakap mengenai cerita-cerita lama. Ia langsung tidak membantu," kata Teng ketika ditemui pada majlis pecah tanah sebuah kuil di Tanjung Karang pada Ahad.

Beliau diminta mengulas kenyataan Haron yang menyalahkan DAP berhubung perpecahan Pakatan Rakyat.

Teng, yang juga ahli jawatankuasa pusat DAP, menambah bahawa sudah tiada guna untuk mana-mana pihak bercakap mengenai apa yang sudah berlaku.

"Seperti (pemimpin bekas Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim telah nyatakan, sekarang adalah masa untuk kita menyusun semula  ia adalah masa menyusun semula diri kita untuk maju ke hadapan.

"Kami dalam proses merancang sesuatu yang baharu untuk masa depan," katanya.

Ketika ditanya sama ada 'sesuatu yang baharu' itu bermakna pembentukan Pakatan 2.0, Teng bagaimanapun berkata "nama bukan perkara penting".

"Apa yang lebih penting adalah kandungan dan rangka kerja itu sendiri," kata beliau sambil menambah bahawa rangka kerja baharu itu merangkumi semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan individu yang progresif serta berpandangan jauh.

Ketika ditanya sama ada turut merangkumi PAS, Teng berkata: "Ya, orang-orang yang progresif dan berpandangan jauh."

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL