1MDB: Portal Berita Mungkin Disaman - Khalid

PUTRAJAYA: Polis mungkin mempertimbangkan untuk menyaman portal berita

The Edge dan Sarawak Report berhubung artikel berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Kami akan memanggil sesiapa sahaja untuk siasatan jika terdapat keperluan," katanya selepas menghadiri perasmian pameran General Police and Special Equipment Exhibition & Conference (GPEC) Asia 2015 di sini, Isnin.

Terdahulu, program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Pada minggu lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, The Edge dan pemiliknya, Datuk Tong Kooi Ong perlu bertanggungjawab kerana menyiarkan laporan tidak tepat dan maklumat palsu mengenai 1MDB berdasarkan laporan yang diperolehi dari Sarawak Report.

Dr Wan Junaidi berkata, tindakan menyaman pihak media tidak boleh dianggap sebagai langkah untuk mengawal ketat laporan berkaitan 1MDB.

"Saya tidak fikir kerajaan mempunyai kuasa untuk benar-benar menghalang media daripada membuat spekulasi mengenai apa sahaja yang mereka mahu.

"Kerajaan tidak akan mengambil tindakan keras terhadap media... itu janji yang dibuat kerajaan apabila kita melancarkan Koridor Raya Multimedia pada 1993 dan dasar itu masih digunapakai," kata Dr Wan Junaidi.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL