Parahhhh Ni....Mustafa minta Anthony Loke, Zairil jangan campur 'urusannya' dengan Guan Eng
SHAH ALAM: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memberi amaran kepada Anthony Loke dan Zairil Khir Johari supaya tidak campur tangan dalam perbalahannya bersama Lim Guan Eng.
Sambil menyifatkan kedua-dua ahli parlimen Seremban dan Bukit Bendera itu sebagai tidak faham isu, Mustafa berkata beliau akan mengemukakan bukti mengenai pembohongan Guan Eng.
"(Khalid Samad) faham isu ini adalah antara saya dengan Lim Guan Eng dan tidak ada kena mengena dengan orang lain sama ada PAS atau DAP.
"Kenyataan Anthony Loke dan Zairil Khir Johari saya dapati bahawa kedua-duanya sama ada tak faham isu sebenar atau cuba mengalih isu.
"Saya tidak perlu cabar orang lain atau Umno kerana mereka tidak ada kena-mengena dalam isu ini. Saya akan buktikan dia berbohong," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Semalam Loke mendakwa PAS cuba 'membakar jambatan' hubungan yang terjalin antara kedua parti berkenaan susulan kenyataan Mustafa terhadap Guan Eng.
Loke menyifatkan tindakan Mustafa itu seolah-olah menganggap DAP sebagai musuh politik dan bukannya rakan sekutu dalam gagasan yang sama.
Sementara itu, Zairil pula menasihati Mustafa supaya menyaman Guan Eng di mahkamah.
Mustafa menjelaskan beliau mencabar Guan Eng ekoran menuduhnya tidak jujur dan berbohong, namun sebaliknya yang berlaku.
"Isu sebenar adalah mudah bahawa saya cabar Lim Guan Eng kerana dia menuduh saya tidak jujur dan saya kata dia berbohong. Sebenarnya dia yang berbohong dengan isu itu kerana mulut celuparnya," katanya.
Malah katanya perkara ini perlu diselesaikan antara beliau dan Guan Eng kerana ia melibatkan integriti Pakatan Rakyat.
"Ini adalah soal integriti seseorang. Kalau isu ini tidak diselesaikan, dalam keadaan integritinya tercabar sebagaimana saya dituduh tidak jujur, saya tidak layak duduk dalam pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
"Begitu juga Lim Guan Eng dalam dia dituduh berbohong, maka dia tidak layak duduk dalam majlis pimpinan tertinggi Pakatan," ujar beliau.

Comments