Mari Dengar Kupasan Ini Sebenarnya....Bagaimana UMNO Dikatakan Menolak Islam?

Pagi ini saya terlihat didalam akhbar HARAKAH yang mana satu topik yang menarik minat saya untuk membacanya. Isunya mengenai kenyataan Haji Hadi yang mengatakan bahawa PAS berjuang menentang UMNO kerana UMNO TOLAK ISLAM.

Didalam kenyataan Haji Hadi ada menyatakan bahawa apa yang UMNO sudah lakukan selama ini seperti salah satunya membina masjid bukanlah erti sebenar mahu menegakkan ajaran Islam tetapi sekadar satu tanggungjawab kerajaan terhadap rakyat sahaja. Malah menurut Haji Hadi lagi UMNO banyak terjebat dengan isu-isu yang negetif seperti rasuah, korupsi, menyeleweng, meluluskan lesen judi dan arak dan banyak lagi. Hanya PAS sahaja yang berjuang untuk menegakkan ajaran Islam didalam negara.

Malangnya Haji Hadi tidak pulak menyentuh bagaimana didalam PAS lebih banyak berlaku tinkahlaku songsang dan lari dari ajaran Islam yang sebenarnya. Seperti derma Memali dan Lahad Datu yang sampai sekarang kita tidak tahu kemana perginya semua wang derma tersebut. Juga wang pembinaan lebuhraya di Kelantan juga sama seperti isu derma. Bagaimana pula dengan isu dikalangan pemimpin PAS yang ada melakukan perbuatan salahlaku moral? Juga dengan isu lesen arak dan judi yang mana di negeri Kelantan yang dikatakan sebagai serambi mekah juga ada wujud, kenapa? Tambahan pula tahun lepas YB KHALID SAMAD juga meluluskan program pesta arak, kenapa Haji Hadi hanya mendiamkan diri sahaja.

Bukan setakat itu, isu kes pembuangan bayi dan peningkatan HIV yang semakin meningkat naik yang berlaku di Kelantan, juga Haji Hadi tidak mahu berkata apa-apa. Apakah Haji Hadi tidak melihat kepincangan yang berlaku didalam PAS apabila hari ini ada dikalangan pemimpin dan penyokong PAS sudah menubuhkan Pasma bagi menentang kepimpinan PAS sedia ada. Jangan asyik menunding satu jari menyalahkan UMNO yang dikatakan menolak Islam kerana tidak menjalankan hukum hudud sekiranya PAS sendiri mahu membuang salah satu hukum dalam hudud iaitu Al-Bughah dahulu. Jika satu jari menunding pada UMNO, jangan lupa ada 4 jari lagi sedang menunding kepada diri sendiri. Baik perbetulkan dahulu parti PAS sebelum nak mengata orang lain. Ingatlah apa yang bekas setiausaha dewan ulama PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad pernah mengeluarkan kenyataan membidas kenyataan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz tentang apa yang Nik Aziz pernah menuduh dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas seperti UMNO PARTI KAFIR, SOLAT UMNO TIDAK SAH dan lain-lain lagi. Sedarlah wahai Haji Hadi, Islam tidak memandang parti politik, pemakaian mahupun ulama kalau dalam jiwa masih lagi ada sikap memburukkan sesama saudara didalam Islam.

NIK AZIZ HALANG SIARKAN BERITA INI DALAM HARAKAH.

“Bagaimana UMNO dikatakan menolak Islam? Islam itu ditulis sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan. Itu sudah ternyata UMNO mendaulatkan agama Islam,” tegas bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang secara terus menerus mengeluarkan ‘fatwa’ terhadap orang UMNO.

Selepas ‘mengkafirkan’ UMNO, beliau juga membuat dakwaan solat orang UMNO juga tidak mendapat pahala kononnya UMNO menolak dasar Islam sebaliknya membawa dasar kebangsaan.

Biarpun kenyataannya mengundang kemarahan dan dibidas pelbagai pihak, beliau tetap mempertahankan kenyataan itu.

Wan Ismail yang juga antara bekas pengasas penubuhan PAS di negeri ini berkata, tindakan dilakukan Menteri Besar Kelantan itu semata-mata bersifat politik dan perjuangan untuk menawan Putrajaya.

Katanya, Nik Abdul Aziz bukan sesiapa untuk menentukan dosa dan pahala seseorang umat Islam kerana ia hanya ditentukan oleh Allah SWT.

“Saya anggap beliau sebagai ‘pelakon’ yang hanya mahu menarik orang ramai supaya mengundi PAS, tidak lebih daripada itu.

“Apa saja kenyataannya juga hanya untuk berjuang ke Putrajaya dan semata-mata disebabkan mahu kepada kuasa saja,” katanya.

Selepas mendakwa solat UMNO tidak mendapat pahala, Nik Abdul Aziz turut menegaskan bahawa UMNO membuat projek membina masjid bukan mahu menegakkan syiar Islam tetapi mahu ‘mengenyangkan’ golongan kontraktor.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL