Lim Guan Eng pandai berlakon dan layak dapat oskar – Wee Ka Siong

Bak kata pepatah Melayu, kerana mulut badan binasa. Itulah yang sedang berlaku pada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng! Kelmarin dia kena tempelak oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali yang melabelnya “mulut celupar” dan pembohong.
Pada Khamis pula, Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong pula melabel Guan Eng sebagai sebagai talam dua muka dan bijak main wayang serta layak dicalonkan menerima oskar!

Ka Siong, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata, pendedahan Mustapha Ali membuktikan, selama ini DAP melakukan pembohongan paling besar berkaitan hudud.

“Daripada apa yang dijelaskan oleh Mustapha, DAP Pulau Pinang tahu Hudud untuk konteks Kelantan dan mereka telah dimaklumkan dan mengetahui perkara ini. Tapi yang disembunyikan daripada masyarakat Cina ialah DAP kononnya tak tahu apa-apa pasal Hudud ini.

“Jadi mereka ini talam dua muka. Dengan masyarakat Melayu lain, dengan orang Cina cerita lain,” kata Ka Siong kepada media selepas majlis perasmian Program Tech Talk di Cyberjaya.

“Saya pun tak tahu kenapa dua adik beradik ini (DAP dan PAS) bergaduh. Mereka ini dua rakan yang tidur atas satu katil dan mimpi pun mungkin hampir sama untuk menjatuhkan Kerajaan BN.

“Tetapi dalam soal ini apa dah jadi dengan mimpi mereka? Adakah sekadar menjadi impian sahaja ataupun mereka cuma nak menipu pengundi daripada masyarakat majmuk Malaysia?

“Selepas Mustapha Ali buat pendedahan itu, saya menganggap DAP memang tahu dan mereka kena bertanggungjawab atas apa yang pemimpin mereka buat, seperti mengutuk dan mempersalahkan BN dan MCA.

“Ini tidak adil kerana mereka sendiri tahu mereka buat wayang, berlakon. Mereka semua layak dicalonkan untuk mendapat oskar,” katanya.

Ka Siong percaya, hal yang sama juga berlaku dengan pembentangan enakmen pilihan raya kerajaan tempatan (PBT) pada 2012 di Pulau Pinang.

Menurut Ka Siong, cadangan mengadakan pilihanraya PBT itu bukan baru kerana ia telah dijaja oleh Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum yang lalu untuk mendapat sokongan masyarakat Cina dan India.

“Semasa kempen pilihanraya ke-13 memang mereka berjalan sebagai satu pasukan dan mereka sebut pilihanraya PBT adalah antara janji yang akan ditunaikan oleh Pakatan Rakyat, bukan sekadar DAP.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL