Banjir: Pemuda PAS kecam Guan Eng, bandingkan dengan keikhlasan TPM
Semuanya gara-gara 'mulut celupar' Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang membuat kenyataan biadap kononnya kerajaan Kelantan 'tidak boleh bekerja' dalam menghadapi keadaan banjir baru-baru ini.
Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari mengecam kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut yang menurut beliau tersalah fakta.
Dalam satu kenyataan media petang Khamis bertajuk 'Yang Berhormat Ketua Menteri, betulkan fakta tuan' Ahmad Fadhli menulis panjang lebar mengenai kejadian di sebalik banjir dan sikap Guan Eng yang hadir hanya selepas 10 hari kehadiran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO tiba di Kelantan 10 hari lebih awal dari Yang Amat Berhormat tiba di negeri ini. Tanpa prejudis, saya kira Yang Amat Berhormat sibuk urusan pentadbiran negeri dan tidaklah menjadi isu yang besar pada saat bila sekalipun Yang Amat Berhormat tiba. Lagipun jika pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menjadi kenyataan, Yang Amat Berhormat tentu akan menjadi semakin sibuk," sindir beliau.
Menurutnya, Guan Eng tiba di Kelantan tidak bertemu Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob.
Guan Eng ke Kelantan disambut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Husam Musa tanpa bertemu MB ataupun timbalan MB Datuk Nik Amar.
BERIKUT KAMI SIARKAN SEPENUHNYA KENYATAAN MEDIA TERSEBUT
YANG AMAT BERHORMAT KETUA MENTERI, BETULKAN FAKTA TUAN
Saya ditunjukkan oleh beberapa orang sahabat di bidang media dengan satu keratan akhbar Cina, Singchew Daily bertarikh 27 Januari lalu yang menyiarkan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Tuan Lim Guan Eng berhubung rasuah dan integriti. Di dalam masa yang sama, beliau juga dilaporkan mengulas berkenaan isu banjir di Kelantan.
Seorang sahabat saya berbangsa Tionghua menterjemahkan kenyataan beliau seperti berikut, “Bebas rasuah itu penting, tetapi lebih penting ialah boleh buat kerja. Kalau tidak mampu buat kerja, apa kamu dapat? Bila banjir besar berlaku, kamu lihat. Saya cakap terus-terang, saya tak perlu rasa segan. Masa banjir, kerajaan Kelantan macam mana? Macam tak ada kerajaan! Kenapa? Kerana tidak boleh buat kerja! Jadi bebas rasuah (sahaja tidak cukup), kena boleh buat kerja. Jika tidak boleh buat kerja, lebih baik jangan jadi kerajaan.”
Beberapa orang sahabat lain yang juga berbangsa Tionghua telah mengesahkan bahawa terjemahan ini merupakan makna yang tepat terhadap keratan akhbar Singchew Daily tersebut. Lebih menarik, mereka juga melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan yang dikeluarkan ini.
Saya suka untuk memohon agar Yang Amat Berhormat Tuan Ketua Menteri agar dapat membuat penafian terhadap laporan akhbar ini jika ia tidak diucapkan oleh beliau. Adalah menjadi tanggungjawab Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang untuk segera mengambil tindakan perlu sekiranya berlaku salah lapor di pihak akhbar terhadap kenyataan beliau.
Namun, sekiranya laporan itu tepat sebagaimana yang disebut oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, saya kira Yang Amat Berhormat telah mengeluarkan satu kenyataan yang kurang tepat. Barangkali kerana kegagalan Yang Amat Berhormat untuk bersua wajah dengan Menteri Besar Kelantan sewaktu melakukan lawatan tempoh hari menyebabkan Yang Amat Berhormat keliru. Jika Yang Amat Berhormat sedikit sabar di dalam mencari fakta sebenar, saya kira Yang Amat Berhormat tidak akan tergamak mengeluarkan kenyataan demikian. Samalah jika Yang Amat Berhormat sedikit bersabar pada pagi 9 Januari 2015 sewaktu tiba di Lapangan Terbang Kota Bharu, tentunya Yang Amat Berhormat dapat bersua wajah dengan Menteri Besar Kelantan yang tiba di sana khusus untuk menyambut Yang Amat Berhormat.
Tahukah Yang Amat Berhormat bahawa sebelum banjir memuncak di Kelantan pada 20 – 26 Disember 2014 yang lalu, Menteri Besar Kelantan telah melakukan lawatan setiap hari ke lokasi-lokasi yang terjejas banjir gelombang pertama? Menteri Besar Kelantan turun ke Rantau Panjang dan diarahkan Timbalan Menteri Besar pula ke Kuala Krai.
Pada hari Rabu 24 Disember 2014, satu mesyuarat Exco telah dibuat dan keputusan diambil bagi menyerahkan mandat kepada YB Puan Hajah Mumtaz Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Kelantan bagi mengetuai mesyuarat penyelarasan bantuan banjir kerajaan Negeri. Di dalam masa yang sama Menteri Besar Kelantan turut bersetuju di samping Jabatan Kebajian Masyarakat, PKINK dan PMBK juga turut dilantik sebagai penyelaras bekalan bantuan banjir.
Tahukah Yang Amat Berhormat, pusat operasi bekalan banjir dibuka di beberapa lokasi terutamanya di Kelantan Trade Center (KTC) dan di Wisma Imam, Pasir Tumbuh beroperasi 24 jam di bawah seliaan Jabatan Amal Kelantan di samping kerajaan Kelantan membantu secara langsung melalui YB Puan Hajah Mumtaz Nawi yang telah diamanahkan tadi? Tahukah Yang Amat Berhormat bahawa exco wanita inilah yang telah membonceng motosikal dengan suaminya meredah air yang semakin tinggi melepasi jalanraya demi memastikan pusat-pusat operasi ini berjalan dengan sempurna?
Tahukah Yang Amat Berhormat bahawa pada hari berikutnya, air mula memasuki kawasan Pasir Pekan iaitu rumah kediaman Menteri Besar, namun di dalam masa yang sama beliau masih meluangkan masa bermesyuarat dengan Timbalan Perdana Menteri bagi membincangkan urusan bantuan banjir dari Kerajaan Persekutuan. Tanpa terlupa, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO tiba di Kelantan 10 hari lebih awal dari Yang Amat Berhormat tiba di negeri ini. Tanpa prejudis, saya kira Yang Amat Berhormat sibuk urusan pentadbiran negeri dan tidaklah menjadi isu yang besar pada saat bila sekalipun Yang Amat Berhormat tiba. Lagipun jika pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menjadi kenyataan, Yang Amat Berhormat tentu akan menjadi semakin sibuk.
Pada hari yang sama, Menteri Besar Kelantan dihubungi untuk pulang ke rumah kerana air sungai Kelantan sudah mula melimpah ke halaman rumah. Dibimbangi ia akan naik menenggelami dokumen-dokumen penting, Menteri Besar Kelantan terpaksa bergegas pulang namun masih sempat untuk singgah menyampaikan bantuan kepada penduduk yang terperangkap banjir di Kampung Laut, DUN Pasir Pekan.
Terima kasih kepada Dato Menteri Besar Selangor yang hadir segera menyatakan simpati pada saat-saat tersebut dan disambut oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan sebagai mewakili Ustaz Dato Ahmad bin Yakob.
Sedarkah Yang Amat Berhormat bahawa selama dua hari rumah kedaiaman Menteri Besar Kelantan terputus hubungan namun beliau tetap keluar dibantu oleh trak pihak tentera bagi menziarahi mangsa banjir di seluruh negeri. Bukan sahaja rumah beliau, bahkan hampir 80% bumi Kelantan lumpuh akibat banjir. Talian komunikasi semuanya tidak berfungsi, eletrik terpaksa diputuskan, bekalan air bersih sangat terhad dan Jambatan Sultan Yahya Petra ditutup untuk semua jenis kenderaan.
Saat-saat sukar seperti itu, Menteri Besar Kelantan mengarahkan solat hajat diadakan di seluruh negeri Kelantan di samping mengumumkan cuti peristiwa sebagai memberi peluang kepada mangsa banjir untuk memulihkan situasi sebelum kembali bekerja.
Saya tidak ingin mengulas berhubung senario pasca banjir kerana kenyataan Yang Amat Berhormat ialah berhubung situasi semasa banjir. Hakikatnya kerajaan negeri Kelantan tidak pernah berhenti dari berikhtiar segala macam cara untuk memulihkan kembali situasi di negeri ini. Kerajaan dengan peranannya, parti dengan peranannya dan NGO dengan peranannya.
Alhamdulillah, semua berganding bahu memikul yang berat, menjinjing yang ringan demi kebaikan bersama. Bukan bersikap telunjuk lurus kelingking berkait, menghulur bantuan bagaikan melontar sisa makanan, berpaling pergi dicaci pula.
Ya, kelemahan tidak dapat dinafikan kerana banjir ini berlaku di luar jangka. Saya tidak menyatakan kerajaan Kelantan sempurna dan suci dari kelemahan namun menyebut “macam tiada kerajaan” ialah satu tuduhan yang sangat melampau. Ia adalah satu penghinaan kepada kerajaan Kelantan yang turut berada bersama di dalam Pakatan Rakyat.
Menteri Besar Selangor jauh lebih dari Yang Amat Berhormat yang bersua wajah dengan Menteri Besar Kelantan. Tahu pintu dan tingkapnya, masuk tertib dengan tangganya.
Saya kira Yang Amat Berhormat bolehlah menarik balik kenyataan tersebut jika ia benar sebagaimana yang dilaporkan. Degilnya Yang Amat Berhormat atas kenyataan ini, demikianlah akan tebalnya ingatan kami terhadap kecaman Yang Amat Berhormat.
Apapun, terima kasih terhadap huluran derma RM40 ribu untuk Jabatan Amal Kelantan. Sedikit kecewa kerana pihak Dewan Pemuda PAS Kelantan bahkan Jabatan Amal hanya mengetahuinya selepas ia diserahkan oleh pihak Yang Amat Berhormat kepada pihak ketiga. Jika kami mengetahuinya terlebih awal, sudah tentu kami sendiri akan menyambut dari tangan Yang Amat Berhormat. Barangkali bersua mata bertemu wajah lebih mendatangkan kasih dan sayang. Apakan daya, barang sudah berlalu.

Comments