Saya Ada Bukti - Mustafa....Keluar lah Saja daripada PR Terhegeh Hegeh

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengingatkan kepimpinan DAP supaya tidak mencampuri perbalahan yang berlaku antara beliau dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Tegasnya, isu tuduhan berbohong berhubung isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang hanya membabitkan beliau dan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

"Saya membaca kenyataan Anthony Loke serta Zairil Khir Johari dan saya dapati bahawa kedua-duanya sama ada tak faham isu sebenar atau cuba mengalih isu.

"Isu sebenar adalah mudah...bahawa saya cabar Guan Eng kerana dia menuduh saya tidak jujur dan saya kata dia berbohong. Sebenarnya dia yang berbohong dengan isu itu kerana mulut celuparnya," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis, Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke berkata pendekatan Mustafa mencabar Lim  berdebat seolah-olah ingin 'membakar jambatan' dengan DAP dan menganggap parti itu sebagai musuh politik PAS dan bukannya rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat.

Sementara Zairil pada Jumaat menggesa Mustafa menyelesaikan perselisihan faham dengan DAP secara tertutup atau mengambil tindakan undang-undang sekiranya beliau berasa Guan Eng tidak jujur.

Kenyataan kedua-dua pimpinan DAP itu timbul selepas Mustafa mencabar untuk bersemuka dengan Guan Eng bagi menyelesaikan isu pilihan raya PBT di Pulau Pinang.

Mengulas lanjut Mustafa sekali lagi mengulangi cabarannya untuk berdebat dengan Guan Eng bagi menegakkan kebenaran.

"Bagi saya jalan yang dicadangkan Zairil agar saya ke mahkamah adalah panjang. Ia tidak akan menyelesaikan isu dengan cepat.

"Kepada Loke, dia tidak payah berbelit. Saya tidak perlu cabar orang lain atau Umno kerana mereka tidak ada kena-mengena dalam isu ini.

"Oleh itu, carilah masa yang sesuai dengan saksi. Saya akan buktikan dia berbohong," tegasnya.

Tambah Mustafa, pertikaian yang dibangkitkannya adalah penting kerana ia membabitkan isu integriti mereka sebagai pimpinan Pakatan Rakyat.

"Ini adalah soal intergriti sesaorang. Kalau isu ini tidak diselesaikan, dalam keadaan intergritinya tercabar sebagaimana saya dituduh tidak jujur, saya tidak layak duduk dalam pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

"Begitu juga Guan Eng dalam dia dituduh berbohong, maka dia tidak layak duduk dalam majlis pimpinan tertinggi Pakatan. Isu intergriti ini penting untuk menjaga kepentingan Pakatan Rakyat dan ia mesti diselesaikan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL