Tak Pelik Ke Kenapa Mat Sabu Sentiasa Sebelah DAP?
KELMARIN Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali keluar cabaran kepada Guan Eng agar berdebat tentang pilihanraya kecil kerajaan tempatan. Hari ini, Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu pulak keluar kenyataan kata cabaran Mustafa Ali itu bersifat peribadi.
Dalam erti kata lain, Timbalan Presiden PAS tidak sokong kenyataan Setiausaha Agungnya sendiri. Apa jenis Setiausaha Agung yang keluar kenyataan atas kapasiti peribadi, bukan wakili parti? Nanti Mustafa Ali pulak kata kenyataan Mat Sabu ni pendapat peribadi, bila nak selesai isu ni?
Tapi yang menarik, ini bukan pertama kali Mat Sabu macam ini – sebelah DAP.
Masa krisis Menteri Besar Selangor tahun lepas, dikala semua pemimpin ulama PAS tidak sokong Azizah ganti Khalid jadi Menteri Besar Selangor. Mat Sabu satu-satunya pemimpin PAS yang bersama DAP dan PKR bersetuju Azizah jadi calon tunggal untuk jawatan itu.
Pendek kata, di kala pemimpin ulama PAS cakap A, Mat Sabu akan cakap B. Mat Sabu tak seoranglah, ada Khalid Samad, Hanipa Maidin dan satu dua lagi yang seperti mereka.
Berdasarkan kepada sikap Mat Sabu ini, bukankah ini bukti jelas bahawa PAS sudah berpecah belah? Bukan 2 belah ni, tapi banyak belah. Ada lagi PasMA menanti masa nak ambil alih PAS dalam Pakatan Rakyat, tapi itu cerita panjang.
Cerita pendek ni dulu, dimana Mat Sabu terang-terang tunjuk dia dah macam bukan orang PAS tapi orang DAP walaupun dia Timbalan Presiden PAS.
Baru Nik Aziz tenat, belum Nik Aziz meninggal lagi, PAS dah nak haru biru.
Firasat penulis, ini semua grand design Anwar untuk hapuskan PAS dan jadi parti Melayu tunggal dalam Pakatan. Betul, PKR bukan parti Melayu (sama macam PAS juga) tapi majoriti ahli dan pemimpinnya adalah Melayu.

Comments