PAS lebih 'sayangkan' DAP dan PKR berbanding perjuangan parti....Panas Nya Telinga Pemimpin PAS

SHAH ALAM: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali membidas Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli apabila membuat kenyataan tidak berasas bersabit isu pemecatannya daripada parti itu.
Beliau menegaskan sejak menyertai PAS dan memegang jawatan-jawatan penting dalam parti sebaliknya tidak pernah timbul soal beliau membelakangkan parti.

"Selepas PRU 2008 perubahan mendadak telah berlaku apabila PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR. Dengan pengaruh parasit-parasit yang mempunyai bilangan majoriti dalam kepimpinan parti, mereka telah mengalih arahtuju parti untuk disesuaikan dengan kehendak DAP dan PKR," katanya dalam satu kenyataan media yang diemelkan kepada Antarapos.

Justeru Hassan menyifatkan adalah tidak wajar Hatta menuduh beliau tidak menyokong dasar parti selain bergerak secara individu, yang menjadi antara punca mengapa beliau dipecat.Malah katanya yang juga merupakan bekas Exco Selangor itu, PAS sebenarnya yang telah terkeluar daripada landasan asal sehingga sanggup mengenepikan perjuangan menegakkan Negara Islam dan pelaksanaan hudud sejak lebih 60 tahun lalu diperjuangkan.Beliau menyifatkan fokus PAS kini telah beralih kepada menguasai Putrajaya berbanding memperjuangkan dasar parti akibat dipengaruhi oleh PKR dan DAP."Negara sekular dan faham liberalisme yang diperjuangkan oleh DAP dan PKR kini dijadikan maudhu’ utama dalam perjuangan parti. Ayat-ayat jihad tidak lagi dibacakan. Sirah Nabi dan para Sahabat tidak lagi dikumandangkan seperti dahulu," katanya lagi.Hasan turut mempersoalkan perjuangan yang cuba diketengahkan sebelum beliau dipecat telah dianggap remeh oleh PAS dalam soal memperjuangkan Islam, Melayu serta Institusi Raja dan memartabatkan Islam di Selangor sering dipandang sepi malah ditentang oleh pimpinan parti.
 Namun ujarnya jika PAS sedar apa yang dilakukan sejak bekerjasama dengan Pakatan Rakyat menyebabkan parti ini tersasar, mungkin beliau masih bersama PAS sehingga hari ini.

"Kalau semua itu dikatakan salah, memang benar saya tidak menyokong dan mendokong dasar parti yang telah jauh menyimpang daripada matlamat asal penubuhannya malah rela pula bersekongkol dengan DAP dan PKR yang terang-terang tidak pernah bersetuju dengan matlamat asal parti Islam itu.

"Sekiranya PAS masih menjunjung perjuangan asalnya untuk menegakkan Negara Isam dan melaksanakan hudud tanpa perlu bersifat akomodatif dengan DAP dan PKR sehingga mengikut telunjuk mereka, dan sekiranya PAS masih dipimpin oleh kepimpinan Ulama yang bersih daripada golongan parasit yang merosakkan pati, nescaya saya akan memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi malah rela mati mempertahankannya," tegas beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana