Boleh Tahan Jugak Yer....Kerajaan Kedah belanja mewah, beli Mercedes bebbbb

SHAH ALAM: Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang mendakwa kerajaan Kedah telah menggunakan duit rakyat bagi berbelanja mewah dengan membeli kenderaan rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Menurutnya, beliau mendapati maklumat bahawa kerajaan negeri telah membeli kereta Mercedes- Benz S350 pada akhir tahun lalu bagi menggantikan kereta rasmi menteri besar yang digunakan kerajaan negeri sebelum ini, iaitu Proton Perdana V6.Kata beliau, tindakan ini menggambarkan kerajaan yang ditadbir PAS hipokrit lantaran pernah mengkritik pemimpin Barisan Nasional membeli kereta mewah dengan menggunakan wang rakyat.

"Saya dapati kerajaan Kedah beli kereta Mercedes terbaru, S350, harga pasaran RM850,000 untuk kegunaan rasmi MB Kedah. Saya rasa ini ganjil kerana PAS sebelum ini selalu kritik mana-mana pemimpin BN yang membeli kereta sebegini.
"Sekarang bila mereka menjadi kerajaan, ini seolah-olah tidak salah untuk mereka gunakan duit untuk beli kereta mewah untuk pemimpin mereka. Inilah satu hipokrasi pada pandangan saya,"Tan turut menyifatkan pembelian kereta luar negara yang melibatkan hampir RM1 juta itu menunjukkan kerajaan Kedah tidak berhemah kerana rakyat negeri itu masih dibelenggu kemiskinan."Dia boleh guna untuk bantu rakyat atau selesaikan masalah kewangan seperti di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang seolah-olah ada masalah kewangan di sana.

"Mereka selalu kata mereka kerajaan yang berhemah, tidak berbelanja mewah, sekarang lihat apa yang terjadi?," soalnya dalam nada kesal.November lalu, Azizan dalam kenyataannya berkata, kerajaan negeri Kedah memilih untuk membeli lima Toyota Camry dan Mercedes-Benz S Class kerana kos penyelenggaraan yang tinggi bagi kereta yang digunakan sebelum ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana