Haji Hadi Semakin Terpinggir...Betul Ker?
Bukan satu rahsia lagi, kedudukan Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS
sejak akhir-akhir ini kelihatan semakin goyah dan kurang mendapat penghormatan
sewajarnya dari kalangan penyokong dan ahli PAS sendiri.
Dalam banyak perkara melibatkan perjalanan parti,
seringkali Hadi dipaksa mengikut lenggok tari Mursyidul Am PAS sebelum
menentukan keputusan untuk sesuatu perkara berbangkit – sesuatu yang jarang
berlaku semasa PAS dibawah pimpinan Allahyarham Fadhil Noor mahupun Presiden
sebelumnya.
Walaupun struktur organisasi PAS meletakkan
kedudukan Mursyidul Am lebih tinggi berbanding Presiden, namun bukannya satu
kelaziman bagi PAS meletakkan taraf Presidennya hanya sekadar pak turut kepada
Mursyidul Am semata-mata.satu demi satu pemimpin PAS yang pro kepada konsep UG serta mempunyai hubungan
rapat dengan Hadi Awang tersingkir atau terpinggir dari arus PAS Pusat dan
negeri. Sekaligus menyebabkan cengkaman pengaruh Hadi terhadap PAS kian longgar
dan imejnya pula kian tercalar.Manakala imej Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS
pula diangkat setinggi-tingginya sehinggakan urusan parti yang biasa
dilaksanakan oleh Presiden kini seringkali diambil alih oleh Nik Aziz.Malah bila Hadi membuat kenyataan tertentu atau
tindak tanduknya dilihat tidak mengikut kehendak kumpulan Anwarinas dalam PAS,
tidak semena-mena Nik Aziz akan segera memotong dengan membuat kenyataan
sebaliknya sehingga memaksa Hadi menarik handbrake dan mengubah semula kenyataan
asal.
Contohnya dalam isu muzakarah dan kerajaan
perpaduan, Hadi yang membuat tawaran dan mencetuskan idea namun bila ramai geng
Anwarinas tampil membantahnya maka Nik Azizlah yang akan jadi perisai depan
untuk memastikan bantahan puak Anwarinas tercapai.
Impak kemudiannya, Hadi terpaksa menanggung malu
dan terpaksa bersilat lidah untuk menenangkan penyokong PAS yang semakin ramai
berpayung di belakang kumpulan Anwarinas yang disokong oleh Nik Aziz.Dalam konteks lain pula, kebiasaannya Presiden
parti adalah penghubung utama sekiranya membabitkan pertemuan politik dengan
pemimpin dari parti rakan sepakatan mahupun pemimpin parti di luar pakatan.Namun disebabkan wujudnya usaha berterusan untuk
menenggelamkan pengaruh Hadi, acapkali kumpulan Anwarinas akan segera
mengaturkan sesuatu pertemuan politik itu dengan melibatkan Nik Aziz tanpa
membabitkan Hadi.Demikianlah yang berlaku baru-baru ini apabila
bekas pemimpin UMNO Sabah, Lajim Ukim tiba-tiba diuruskan kedatangannya ke
Kelantan untuk bertemu Nik Aziz sedangkan sedari awal sepatutnya pertemuan
tersebut hanya melibatkan perbincangan soal taktikal politik antara Lajim dengan
Hadi Awang.
Sudahlah begitu, isi utama perjumpaan tersebut
pula hanya sekadar untuk menyampaikan hasrat Lajim mahu menyertai PKR disamping
meminta restu Nik Aziz.Entah sejak bila Nik Aziz jadi pemimpin PKR
agaknya sehingga restunya diperlukan sebelum dapat menjadi ahli PKR? Kelihatan
seperti mahu memperlihatkan PAS lebih kuat berbanding PKR, namun hakikatnya itu
hanyalah sebahagian usaha kumpulan Anwarinas untuk mengkelabu asapkan imej Hadi
di mata ahli dan penyokong PAS.Di kalangan ramai pemimpin PAS yang berada di kem
Hadi dan juga beberapa orang yang tiada kem, walaupun kerap terganggu dengan
penonjolan berlebihan Nik Aziz seolah-olah diktator PAS, namun mereka seakan
hilang kekuatan untuk mempertikaikannya secara lebih terbuka dan terpaksa redha
selagi geng Anwarinas masih menguasai PAS.
Paling mereka bimbangi dalam beberapa jangka masa
terdekat atau paling lambat selepas PRU 13, Hadi awang akan terus terpinggir
dari arena kepimpinan PAS dan tempatnya bakal menjadi miliki salah seorang
pemimpin bukan aliran agama yang pro Anwar Ibrahim.Tanda-tanda ke arah itu sudah banyak kelihatan.
Menjelang PRU 13, PAS bukan sahaja akan berentap dengan UMNO di masa yang sama
pertempuran antara kem dalam PAS akan lebih menonjol terutama sekali melibatkan
perebutan untuk calon yang akan bertanding.Lebih ramai pemimpin pro Anwar berjaya
menempatkan diri sebagai calon pilihanraya bermakna berakhirnya zaman kepimpinan
Hadi dan akan meninggalkan tampuk kepimpinan PAS dalam keadaan malu dan terhina
sama seperti pernah dialami oleh arwah Asri Muda.
Comments