Buruknya Sikap....Kerajaan Selangor Didesak Utamakan Rakyat, Ketepikan Soal Politik


SERI KEMBANGAN 31 Julai - Gerakan Prihatain Rakyat Selangor (GPRS) hari ini mendesak kerajaan negeri Selangor mengutamakan kebajikan rakyat berbanding soal politik.Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, kerajaan negeri itu sering melaung-laungkan 'pakatan rakyat' untuk rakyat tetapi mereka menipu rakyat dan juga diri mereka sendiri."Bagaimana kerajaan negeri boleh mengatakan krisis air tidak berlaku sedangkan ada rakyat yang menderita kerana tidak mendapat bekalan air?"Jika benar kerajaan Selangor pandai menguruskan air, sudah tentu keadaan ini tidak berlaku," katanya kepada pemberita di sidang akhbar sempena Program Kami Prihatin hari ini.
Program Kami Prihatin telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Tong Air dan Gotong Royong Mengangangkut Bekalan Air anjuran GPRS kepada penduduk Taman Pangsapuri Putra Budiman di sini.
Menurut Suhaimi, kerajaan Selangor tidak mahu mengaku kelemahan diri sendiri tetapi hanya menuding jari untuk menyalahkan pihak lain."Kita tidak mahu rakyat terus menjadi mangsa kesombongan dan kedegilan kerajaan negeri. oleh itu, rakyat perlu bersatu menuntut kerajaan negeri agar pembangunan Loji Rawatan Langat 2 dapat dilakukan dengan kadar segera," katanya.

Sementara itu, beliau turut berkata rakyat perlu menolak kerajaan negeri yang sedia ada pada pilihan raya umum akan datang kerana jelas kerajaan itu lebih gemar berpolitik sehingga mengabaikan kebajikan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL