Hasil Kejayaan Dakwah Pas Bila DAP Makin Berani, Tegas Tolak Negara Islam
Pas hari ini menjadikan isu hudud, negara Islam sebagai satu senjata politik utama mereka untuk menarik pengaruh undi orang-orang Melayu sedangkan pada hakikatnya, perjuangan menegakkan negara Islam dan Hudud sudah lama ditinggalkan dalam agenda utama perjuangan parti tersebut.Pas akan memainkan isu hudud sebagai gendang perang mereka setiap kali menjelang saja pilihanraya di negara ini.“Setiap kali nak pilihanraya, Pas akan jadikan hudud sebagai ‘magnet’ untuk menarik undi-undi orang-orang Islam, khususnya orang Melayu di negara ini. Sedangkan, pada 2009 ketika bersetuju bergabung dalam Pakatan Pembangkang, Pas telah menggugurkan perjuangan negara Islam dan Hudud dan perjuangan menegakkan negara dan undang-undang Islam bukan lagi menjadi teras utama perjuangan Pas lagi.“Pengguguran perjuangan negara dan undang-undang Islam Pas ini telah pun diterjemahkan melalui buku jingga yang menjadi dasar bersama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Pembangkang baru-baru ini,”“Mereka sebenarnya tahu, bahawa amat sukar untuk mereka melaksanakan hudud itu jika dilihat daripada pelbagai sudut permasalahan yang dihadapi. Apatah lagi, Pas tidak lagi menjadikan isu perjuangan negara Islam sebagai agenda utama perjuangan mereka. Hudud hanya dijadikan gula-gula untuk memancing undi rakyat, khususnya umat Islam. Perkara ini bagi saya cukup jelas.
Yang paling kelakarnya adalah Ketua Pemuda Pas, Nasaruddin Tantawi yang ditempelak secara terbuka oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh, apabila beliau mengatakan bahawa DAP sudah mula menerima Islam.“Ini juga sebagai bukti, bahawa dakwah Pas terhadap DAP ternyata gagal. DAP sebenarnya sehingga ke hari ini masih tidak faham apa itu Islam.“Jadi di mana konon-kononnya dakwaan Pas yang mengatakan sejak DAP berkawan dengan Pas, DAP lebih faham tentang Islam. Faham kut mana? Baru sebut aja pasal Hudud, puak-puak inilah yang paling kuat melenting. Tengok saja nasib Ketua Pemuda Pas, baru sahaja Nasaruddin nak yakinkan rakyat kata DAP sudah mula terima Hudud, serta merta dia dibidas dan dimarahi oleh Karpal.
Comments