AS Hantar Pesawat Pengebom Stealth ke Korea Selatan
SEOUL, 28 Mac - Amerika Syarikat telah mengarahkan pesawat pengebom stealth ke Korea Selatan untuk mengambil bahagian dalam latihan tahunan ketenteraan di tengah-tengah ketegangan hubungan dengan Korea Utara.
Pesawat pengebom B-2 telah berlepas dari Pengkalan Tentera Udara Whiteman di Missouri dalam penerbangan sejauh lebih daripada 6.500 kilometer menuju ke Korea Selatan dan untuk melakukan pengeboman latihan sebelum kembali ke AS.
Menurut kenyataan dari ketenteraan AS, pesawat pengebom ini mampu membawa kedua-dua senjata konvensional dan nuklear bagi "memperlihatkan keupayaan Amerika Syarikat untuk menjalankan misi jarak jauh, dengan ketepatan serangan pada bila-bila masa,".
Pengumuman tersebut bagaimanapun mendapat reaksi kurang senang dan marah rejim Kim Jong, mengakibatkan Korea Utara mula melancarkan beberapa ancaman sejak beberapa minggu yang lalu.
Namun begitu North Korean Central News Agency tidak memberikan sebarang reaksi kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh AS berhubung dengan penghantaran pesawat tersebut untuk latihan ketenteraan.
"Amerika Syarikat sentiasa komited terhadap perikatan dengan pertahanan Republik Korea, bagi menghalang pencerobohan, dan untuk memastikan keamanan dan kestabilan di rantau ini," menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak ketenteraan AS di Korea Selatan. "Pesawat pengebom B-2 adalah elemen penting dalam keupayaan pencegahan berkekalan pihak Amerika di rantau Asia Pasifik."
Pendedahan penerbangan B-2 muncul sehari selepas Korea Utara memutuskan talian utama ketenteraan dengan Korea Selatan, mencetuskan provokasi baru pegawai-pegawai AS mengenai langkah yang diambil oleh Pyongyang baru-baru ini.
"Korea Utara bukanlah harimau ganas dan ianya bukan satu langkah yang bijak untuk menolak tingkah laku provokatif yang telah diperlihatkan," kata seorang pegawai tentera AS.
Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel didakwa telah bercakap melalui telefon kepada rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Kim Kwan-jin, pada petang Rabu, menurut laporan dari Setiausaha Akhbar Pentagon George Little yang menegaskan "ketegangan semakin memuncak di Semenanjung Korea."
Comments