Tiada yg Mustahil PRU-13: Dr. Mahathir lahir kebimbangan
MELAKA 30 Mac - Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin pembangkang akan mencari jalan untuk mencetuskan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.Bekas Perdana Menteri berkata, rancangan kotor pembangkang itu sememangnya sudah dijangka kerana mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk meminta campur tangan pemerhati luar bagi mengisytiharkan PRU-13 sebagai tidak sah.''Saya yakin mereka akan cuba kerana kalau mereka kalah, mereka akan tunjuk perasaan sepanjang masa kerana niat mereka nak panggil pemerhati asing.
''Bila tidak ada pemerhati asing, mereka dakwa pilihan raya yang berjalan berlaku penipuan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Bicara Negarawan, Mahasiswa dan Graduan Pewaris Kepimpinan Negara di Dewan Besar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini hari ini.Yang turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan kira-kira 2,000 mahasiswa daripada pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT).Beliau mengulas usaha parti pembangkang yang dikesan cuba mencetuskan suasana huru-hara semasa pilihan raya umum nanti dengan tersebarnya risalah mengandungi cara mewujudkan ketegangan di pusat-pusat mengundi di kawasan tertentu.
Pendedahan strategi kotor itu dibuat oleh Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM), Datuk Adiwijaya Abdullah.Dr. Mahathir berkata, walau apa pun usaha diambil kerajaan untuk memastikan proses pilihan raya berjalan baik, pembangkang tetap akan mencari jalan memastikan pilihan raya itu menemui kegagalan.''Kalau kerajaan meningkatkan kawalan keselamatan pada pilihan raya, sudah tentu pembangkang akan cakap segala tindakan dibuat anggota keselamatan untuk menjaga keamanan sebagai satu bentuk penindasan," ujar beliau.
Comments