Malaysia Komited Pertahan Kedaulatan Negara - PM
KUALA LUMPUR: Malaysia komited untuk terus mempertahankan kedaulatan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mencapai beberapa kejayaan dalam usaha agensi itu membanteras lanun di Selat Melaka.
"APMM telah mencapai beberapa kejayaan dalam banteras lanun di Selat Melaka. Kita komited pertahan kedaulatan negara," katanya dalam tweet terbaharunya pada Jumaat.
Pada Khamis, Pengarah Cawangan Operasi Udara APMM, Laksamana Pertama (Maritim), Datuk Zammani Mod Amin memberitahu Bernama, APMM mencapai beberapa kejayaan besar dalam membanteras kegiatan lanun atau rompakan di laut terutama laluan Selat Melaka dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Bercakap di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA'13), Zammani berkata pembanterasan rompakan di laluan Selat Melaka adalah kejayaan yang menaikkan nama APMM - lebih dikenali sebagai Maritim Malaysia. BERNAMA
Comments